Jumaat, 5 Jun 2009

Dari:
amnani
Tarikh:
Khamis, 4 Jun, 2009 7:52 PM
Subjek:salam....

Mesej:
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Doa.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.sama-samalah kite b'kongsi ilmu yg bermanfaat ini...


Dari:

hadias hasifan
Tarikh:Khamis, 4 Jun, 2009 11:15 AM
Subjek:Fokus masalah atau Fokus Penyelesaian?
Mesej:
KES 1
Apabila NASA melancarkan angkasawan mereka ke angkasa lepas, mereka mendapati pen tidak dapat digunakan/berfungsi pada graviti kosong (dakwat tidak turun ke permukaan). Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka membelanjakan sebanyak USD 12 juta dan mengambil masa 1 dekad untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka mencipta pen yang dapat digunakan/berfungsi pada graviti kosong, secara terbalik, di dalam air, dan semua permukaan termasuk di atas kristal serta pada jarak suhu takat beku sehingga 300 darjah celcius.
KES 2

Satu kes study yang sangat diingati oleh para pelajar pengurusan dari Jepun ialah kes kotak sabun kosong yang mana berlaku kepada salah satu syarikat kosmetik tersohor dari Jepun. Syarikat tersebut telah menerima komplen dari seorang pengguna bahawa kotak sabun yang dibelinya tidak berisi sabun, tetapi kosong. Pihak pengurusan syarikat tersebut telah meminta jurutera untuk membina satu mesin imbasan beresolusi tinggi bernilai jutaan Yen untuk mengimbas kotak sabun. Tidak disangkal, mesin tersebut menjalankan tugasnya dengan jayanya, dapat mengesan kotak yang kosong tetapi menelan belanja jutaan Yen.

Apabila syarikat kosmetik yang kecil mengalami masalah yang sama, mereka tidak menggunakan mesin imbasan, atau x-ray yang mahal, tetapi sebaliknya menemui cara penyelesaian yang lain. Mereka membeli kipas industri yang kuat kuasanya, dan menghalakannya ke tempat pembungkusan. Mereka memasang kipas berkuasa tinggi itu, dan setiap kotak sabun akan melepasi kipas tersebut. Kotak yang tidak berisi sabun, dengan mudah akan terbang.

di copy dr: http://mofahano.wordpress.com/...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan