Selasa, 30 Jun 2009

ASPEK KOMSAS : SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan cara pakah segala bahan-bahan dalam cerita itu dipersembangan. Bagaimanakah pandangan pengarang dala melukiskan watak-watak dan peristiwa-peristiwa yang berhubungan dengannya. Sudut pandangan dapat menjelaskan siapakah yang mengisahkan sesuatu cerita.

Fungsi sudut pandangan ialah :
a. Menentukan apa yang perlu diperhatikan dan apa yang tidak
b. Menentukan perhubungan antara pembaca dengan cerita
c. Menentukan nada atau corak cerita
d. Menentukan keakraban pengarang dengan ceritanya
e. Menentukan sejauh manakah pengarang boleh membuat tafsiran cerita.

Sudut pandangan meletakkan kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya.. merujuk kepada motif pengarang dalam mengutarakan tema. Sudut pandangan melalui proses penyampaian idea, amanat, pengjaran dan seumpamapa melalui watak-watak, pengarang sendiri dan yang berkaitan. Hasil proses tersebut watak-watak dan cerita tercipta..seterusnya menjelaskan kedudukan semua peranan dalam cerita itu sendiri.

Dalam ertikata lain, sudut pandangan menentukan kedudukan dan mana letaknya pengarang dalam penceritaan. Untuk menjelaskannya sudut pandangan dapat dijelaskan melalui penggunaan kata ganti nama dalam sesuatu cerita.

Jenis-jenis sudut pandangan:

Sudut pandangan Orang Pertama
Pengarang terlibat dalam lingkungan cerita ( meletakkan atau meresapkan diri) dalam salah satu watak cerita.

Pengarang meletakkan diri memegang watak utama atau watak sampingan aktif atau pencerita watak pemerhati.

Pengarang menggunakan kata ganti nama 'aku', 'saya' atau 'hamba'.





Pencerita adalah watak yang terlibat, mungkin watak utama, watak sampingan, atau watak pemerhati. Pencerita (P) berada dalam lingkungan cerita. Pencerita dapat menceritakan fikiran dan perasaan dirinya sahaja, bukan untuk watak-watak lain.

Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba tahu.


Pengarang berada di luar lingkungan cerita tetapi amat mengenali semua watak yang diciptanya tetapi amat mengenali semua watak yang diciptanya.
Pengarang bukan sahaja menceritakan pergerakan fizikal watak-watak, malah dapat mencerita perasaan dan fikiran semua watak.


Pengarang menggunakan ganti nama orang ketiga dan berbicara seolah-olah ia mengetahui segala-galanya.


Pengarang tidak mengehadkan dirinya hanya gerak laku dan tutur kata watak-watak dalam cerita itu sahaja, sebaliknya ia sama-sama masuk campur dalam membawakan pengajaran, tafsiran, atau mengenakan satu-satu denda kepada pelaku-pelaku yang berkenaan.
Pengarang berada dalam cerita dengan berbicara dengan pembaca.

Bulatan besar melambangkan lingkungan cerita. Bulatan kecil A,B,C merupakan watak-watak yang terlibat dalam cerita... dan setiap garisan itu merentasi bulatan kecil yang menunjukkan pencerita mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran tiap-tiap watak.

Sudut pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Pengarang berada di luar lingkungan cerita dan pengetahuannya atau penguasaannya terhadap watak terbatas.
Pengarang mungkin mengenal sifat luaran dan dalam satu watak sahaja sementara watak-watak lain dapat digambarkan hanya secara ringkas sahaja.


Pengarang masih berada di luar cerita, tetapi memilih satu-satu watak terentu sebagai pusat mengisahkan cerita.
Pencerita atau P berada di luar lingkungan cerita dan penceritaannya terbatas keadaan watak A yang dipilih. Pencerita tidak melukiskan segala-galanya mengenai watak B dan C.



Sudut Pandangan Orang Ketiga Objektif
Dalam sudut pandangan objektif, pengarang berada di luar lingkungan cerita.
Pengarang tidak menceritakan perasaan atau fikiran watak-watak. Sebaliknya, pengarang hanya menceritakan aksi watak-watak dalam cerita, dan terpulanglah kepada pembaca membuat tafsiran.
Pengarang menggunakan ganti nama orang ketiga.
Sudut pandangan pencerita objektif ini juga bersifat sebagai laporan atau pencerita yang hilang.


Pencerita (P) berada di luar cerita. Dia menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya tentang watak-watak A, B, dan C. Dia tidak boleh menceritakan apa yang difikir dan drasakan tentang watak-watak tersebut kerana garisan-garisan yang memperlihatkan hubungan antara pencerita dengan watak-watak tidak merentas masuk ke dalam bulatan-bulatan watak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan