Bismillahirahmannirrahim....
Alhamdullillah...dengan segala pemberiannya.
Terima kasih teman yang memberikan nasihat, pesanan, tunjuk ajar...
Akhirnya, ku tahu juga bagaimana hendak memulakannya... Kita memang perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu biar berapapun harganya. Biarpun perlahan-lahan, pasti segalanya akan berubah. Tanyalah hati kita, sama ada mahu atau tidak... Mahu, tentu ada berjuta jalan di hadapan kita. Tidak mahu, tentu ada berjuta alasan bersama kita.
InsyaAllah niatku ini Lillahi Taala.
Buat anak-anak didikku...
Biarpun dalam bidang ini, kalian lebih arif...tidak akan menjadi alasan untuk kita terus belajar, mengejar ilmu, berdikit-dikit akhirnya pasti menjadi bukit.
Semoga usaha ini memberikan banyak manafaat buat kalian dan buat diri ini juga.
Selamat Berjuang, dan berjuang..