Selasa, 30 Jun 2009

ASPEK KOMSAS : SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan cara pakah segala bahan-bahan dalam cerita itu dipersembangan. Bagaimanakah pandangan pengarang dala melukiskan watak-watak dan peristiwa-peristiwa yang berhubungan dengannya. Sudut pandangan dapat menjelaskan siapakah yang mengisahkan sesuatu cerita.

Fungsi sudut pandangan ialah :
a. Menentukan apa yang perlu diperhatikan dan apa yang tidak
b. Menentukan perhubungan antara pembaca dengan cerita
c. Menentukan nada atau corak cerita
d. Menentukan keakraban pengarang dengan ceritanya
e. Menentukan sejauh manakah pengarang boleh membuat tafsiran cerita.

Sudut pandangan meletakkan kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya.. merujuk kepada motif pengarang dalam mengutarakan tema. Sudut pandangan melalui proses penyampaian idea, amanat, pengjaran dan seumpamapa melalui watak-watak, pengarang sendiri dan yang berkaitan. Hasil proses tersebut watak-watak dan cerita tercipta..seterusnya menjelaskan kedudukan semua peranan dalam cerita itu sendiri.

Dalam ertikata lain, sudut pandangan menentukan kedudukan dan mana letaknya pengarang dalam penceritaan. Untuk menjelaskannya sudut pandangan dapat dijelaskan melalui penggunaan kata ganti nama dalam sesuatu cerita.

Jenis-jenis sudut pandangan:

Sudut pandangan Orang Pertama
Pengarang terlibat dalam lingkungan cerita ( meletakkan atau meresapkan diri) dalam salah satu watak cerita.

Pengarang meletakkan diri memegang watak utama atau watak sampingan aktif atau pencerita watak pemerhati.

Pengarang menggunakan kata ganti nama 'aku', 'saya' atau 'hamba'.





Pencerita adalah watak yang terlibat, mungkin watak utama, watak sampingan, atau watak pemerhati. Pencerita (P) berada dalam lingkungan cerita. Pencerita dapat menceritakan fikiran dan perasaan dirinya sahaja, bukan untuk watak-watak lain.

Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba tahu.


Pengarang berada di luar lingkungan cerita tetapi amat mengenali semua watak yang diciptanya tetapi amat mengenali semua watak yang diciptanya.
Pengarang bukan sahaja menceritakan pergerakan fizikal watak-watak, malah dapat mencerita perasaan dan fikiran semua watak.


Pengarang menggunakan ganti nama orang ketiga dan berbicara seolah-olah ia mengetahui segala-galanya.


Pengarang tidak mengehadkan dirinya hanya gerak laku dan tutur kata watak-watak dalam cerita itu sahaja, sebaliknya ia sama-sama masuk campur dalam membawakan pengajaran, tafsiran, atau mengenakan satu-satu denda kepada pelaku-pelaku yang berkenaan.
Pengarang berada dalam cerita dengan berbicara dengan pembaca.

Bulatan besar melambangkan lingkungan cerita. Bulatan kecil A,B,C merupakan watak-watak yang terlibat dalam cerita... dan setiap garisan itu merentasi bulatan kecil yang menunjukkan pencerita mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran tiap-tiap watak.

Sudut pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Pengarang berada di luar lingkungan cerita dan pengetahuannya atau penguasaannya terhadap watak terbatas.
Pengarang mungkin mengenal sifat luaran dan dalam satu watak sahaja sementara watak-watak lain dapat digambarkan hanya secara ringkas sahaja.


Pengarang masih berada di luar cerita, tetapi memilih satu-satu watak terentu sebagai pusat mengisahkan cerita.
Pencerita atau P berada di luar lingkungan cerita dan penceritaannya terbatas keadaan watak A yang dipilih. Pencerita tidak melukiskan segala-galanya mengenai watak B dan C.



Sudut Pandangan Orang Ketiga Objektif
Dalam sudut pandangan objektif, pengarang berada di luar lingkungan cerita.
Pengarang tidak menceritakan perasaan atau fikiran watak-watak. Sebaliknya, pengarang hanya menceritakan aksi watak-watak dalam cerita, dan terpulanglah kepada pembaca membuat tafsiran.
Pengarang menggunakan ganti nama orang ketiga.
Sudut pandangan pencerita objektif ini juga bersifat sebagai laporan atau pencerita yang hilang.


Pencerita (P) berada di luar cerita. Dia menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya tentang watak-watak A, B, dan C. Dia tidak boleh menceritakan apa yang difikir dan drasakan tentang watak-watak tersebut kerana garisan-garisan yang memperlihatkan hubungan antara pencerita dengan watak-watak tidak merentas masuk ke dalam bulatan-bulatan watak.

Isnin, 29 Jun 2009

ASPEK KOMSAS : PLOT

PLOT....

Sesuatu karya bergerak disebabkan wujudnya peristiwa-peristiwa penting yang dijalin dengan berkesan.. Plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa-peristiwa mungkin disusun secara kronologi dan tidak kronologi. Plot terdiri daripada,

a. Plot longgar
Jalan cerita yang dikemukakan mudah. Pengarang tidak menggunakan unsur plot seperti saspen, imbas kembali dan sebagainya. Sekadar memperlihatkan kisah dan peristiwa secara huraian. Pengarang bertindak sebagai pelapor atau pencerita.
b. Plot organik.
Jalan cerita yang dipaparkan kukuh keadaannya. segala peristiwa dirancang oleh pengarang dengan pelbagai teknik yang memberikan sumbangan kepada binaan plot.
Plot harus mengandungi peristiwa yang terpilih mengikut susunan urutan yang sesuai.



Komponen-komponen Plot

1. Bahagian Permulaan
Pengarang mengemukakan beberapa perkara penting kepada pembaca. Perkara-perkara tersebut ialah watak-watak, permasalahan, latar, sudut pandangan dan nada cerita.

2. Bahagian Pertengahan
Bahagian ini memfokuskan kepada cerita. Sesebuah cerita semestinya berupaya memenuhi tiga perkara, iaitu:
a. Apakah yang telah berlaku?
b. Apakah yang sedang berlaku?
c. Apakah yang akan berlaku?

3. Bahagian pengakhiran
Pengakhiran merupakan penyelesaian sesebuah kisah. Penyelesaian mungkin berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan..

Binaan plot dapat dijelaskan melalui gambarajah berikut :



Binaan berikut juga boleh digunakan..namun agak sukar untuk menghasilkan atau mendapat binaan plot seperti berikut.






Teknik Plot :

Teknik plot merujuk cara atau kaedah yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot supaya cerita menjadi menarik dan tidak membosankan . Antara teknik plot tersebut ialah:

  1. Saspen. Saspen merupakan teknik pengarang menyembunyikan keputusan terhadap sesuatu kejadian supaya dapat menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri pembaca. Dikenali juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya tentang kesan dan akibat yang seterusnya.
  2. Kejutan. Kejutan merupakan adegan atau insiden yang berlaku di luar jangkaan pembaca. Yakni perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga pembaca. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca dan menjadikan cerita semakin mencabar dan menarik.
  3. Imbas kembali. bahagian cerita yang mengisi kejadian atau peristiwa pada masa silam yang digunakan untuk kelangsungan cerita yang lebih jelas. Peristiwa boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog watak...
  4. Imbas muka. Imbas muka meruapakan teknik memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu pristiwa yang mungkin atau akan berlaku. Teknik ini bertujuan untuk menyediakan pengetahuan awal kepada pembaca kepada apa yang akan berlaku seterusnya.
  5. Monolog. Iaitu pertuturan sendirian yang ditujukan kepada diri sendiri, watak lain kepada pembaca. Ada empat teknik mengucapkan monolog. 1. dalam bentuk doa , 2. percakapan pada diri sendiri, 3. secara berbisik, 4. dalam bentuk rungutan seorang diri. Monolog merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran dan perasaan. Monolog mungkin juga berbentuk doa, ratapan, keluh kesah dan rayuan cinta.
  6. Monolog dalaman merujuk kepada kata hati atau pengucapan batin sama ada apa yang berlegar-legar dalam benak fikiran atau kata hati berbentuk emosi. Teknik ini menjadi wahana untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang memberikan kekesanan cerita.
  7. Dialog. Merujuk kepada percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog, watak-watak akan dapat memberikan pendapat dan fikiran yang berkaitan tema. Dialog juga digunakan untuk menggerakkan cerita. Digunakan dengan tanda Pengikat dan pembuka kata (").
  8. Konflik. Satu pertentangan, pergelutan, percanggahan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik mungkin bersifat luaran merujuk pertentangan antara watak dengan watak, watak dengan alam sekitar dan watak dengan Tuhan. Konflik juga mungkin pertentangan yang berlaku dalam jiwa watak yang digambarkan melalui pendapat, idea, fikiran, sikap dan hati perasaannya. Lazimnya cerita yang menonjolkan konflik akan kurang memaparkan aksi watak..
  9. Anti klimaks. Satu peristiwa atau adegan yang agak lemah dan mengecewakan daripada sesuatu yang berlaku sebelumnya.

Selasa, 23 Jun 2009

PESANAN DARI SAHABAT..


Dari:
faezah
Tarikh:
Selasa, 23 Jun, 2009 9:48 PM
Subjek: Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin
Mesej:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”
Riwayat Abu Naim

Huraian dan Pengajaran Hadis:


i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

iii) Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.

TERIMA KASIH DENGAN INFO DI ATAS..

Isnin, 22 Jun 2009

APAKAH YANG PASTI???


Assalamualaikum...

Petikan ini daripada mesej yang dihantar oleh salah seorang sahabat (Ahli ukhuwah SAMER)..
Isi kandungnya seperti berikut :
" Sila baca sehingga habis,tolong sebarkan kepada seberapa banyak orangg Islam yang boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).

Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia pada zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman...


  1. 1. Isteri tidak mendengar kata suami.
  2. 2. Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
  3. 3. Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.


PESANAN HAMBA INI

  1. Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
  2. Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
  3. Bersembahyanglah
  4. Berzakat - jangan ditinggalkan.
  5. Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
  6. Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

* Seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
* Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
* Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur.
* Tan Sri Ghazali Jawi, bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
* Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
* Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
* Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

* Banyak lagi contoh2 orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda mnerimanya..

PESANAN DARI YUNIMAHA5:
TERPULANGLAH KEPADA ANDA UNTUK MENILAI DAN MENERIMANYA...

SECARA PERIBADI, CATATAN INI MUNGKIN ADA KEBENARANNYA.. TERUTAMA PESANAN YANG DISAMPAIKAN.... NAMUN, SEGALA SESUATU DI MUKA BUMI INI ADALAH KETENTUAN DARIPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI.... MUNGKINKAH INI PESANAN ATAU 'PERANGKAP' AKIDAH KITA.... TIMBANGKANLAH DENGAN SEWAJARNYA... KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH ATAU PESANAN YANG TERTERA.

MAAF, KEPADA SESIAPA YANG BERKAITAN....

CATATAN INI MUNGKIN MELETAKKAN KITA DALAM KEADAAN 'BERBAHAYA', MAKA BERHATI-HATILAH KALIAN DALAM MENYEBARKANNYA... AMBILLAH PENGAJARAN ATAU PESANAN YANG BAIK.... DAN TINGGALKANLAH APA YANG TIDAK SEPATUTNYA...

PADA DUNIA AKHIR ZAMAN INI.....KEIMANAN KITA DIUJI DI LUAR KESEDARAN DAN PERTIMBANGAN YANG WAJAR DAN LOGIK... KADANGKALA HANYA SEDIKIT TERPESONG FAHAMAN, TAFSIRAN DAN PENGERTIAN KITA.... KITA MUNGKIN TERGELINCIR..DAN ADAKALANYA TERLALU SUKAR UNTUK KITA MENDAKI SEMULA...

ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN,
INGATLAH... ALLAH ITU SATU DAN TETAP ADA DI SISI KITA SENANTIASA...
NAMUN YANG SATU ITU MENJADI 'REBUTAN'..... OLEH IMAN, ISLAM, KAFIR, SYAITAN DAN SEGALA SESUATU YANG MENGINGINKANNYA..... KERANA SETIAP SATU ITU ADA JANJI YANG PASTI... DENGAN ALLAH YANG KITA CINTAI.

WASSALAM.......

Khamis, 11 Jun 2009

LARAS BAHASA



LARAS BAHASA menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Cocok atau padan dengan situasi dan konteks semasa ketika itu.

Menurut Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991 - Laras bahasa merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

Rajiee Hadi dalam Jurnal Dewan Bahasa. mei, 1994 - mengutarakan laras bahasa adalah wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang khusus. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu. Merangkumi pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Secara umumnya laras biasa dapat dibezakan seperti laras agama, laras sukan, laras iklan, laras masakan, laras sains dan teknologi dan seumpamanya.

Laras bahasa mempunyai retorik atau cara penyampaian bahasa yang tersendiri, sama ada pujukan, pernyataan, perintah dan sebagainya. Laras bahasa juga dapat dimengertikan sebagai wacana dari segi makna dan pengertian bahasa itu untuk mendapatkan tindakbalas yang sesuai berdasarkan konteks sesuatu bahasa itu disampaikan...

PERBANDINGAN LARAS

Petikan A :

Seketika duduk itu maka bulan pun terbitlah dari tepi langit, gilang -gemilang cahaya.Maka terkenanglah Raden Inu akan Raden Galuh tatkala menyembah dia itu seperti akan matilah tasanya lalu ia rebah di ribaan Kertala. Air matanya juga mengalir, malah basah puncak sabuknya Terlalu belas segala kedayannya. Maka Raden Inu pun tiadalah ingat apa-apa kecuali Raden Galuh juga kepada mata hatinya, malam siang. Maka dua tiga hari sekali ia naik ke istananya, hingga santap juga beradu pada segenap balai dan taman lelangon. Demikianlah lakunya. Selama datang ke Daha itu seperti orang latah wilangon, sebarang lakunya membelaskan hati segala yang melihat dia. Maka mukanya pun berubah, pucat kurus oleh menahan hatinya itu.

Petikan B

Perancangan bandar merupakan suatu lagi langkah efektif dalam usaha mengawal kualiti udara. Ahli-ahli perancang, dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada pada mereka seperti zoning, pemilihan kawasan, penggunaan kawasan hijau sebagai zon pemisah (buffer zone), dan pembaharuan semula bandar boleh memberikan sumbangan yang bermakna dan membantu usaha memelihara dan mengawal kualiti air.

Pada dasarnya ada dua garisan penganalisaan dan membuat keputusan yang selari dalam sistem tersebut. Satu daripadanya menuju ke arah menentukan piawai alam sekitar yang dikehendaki bagi masing-masing aktiviti, sementara yang satu lagi ialah menuju ke arah menganggarkan kadar pengubahsuaian iklim oleh topografi tempatan dan guna tanah yang dirancangkan sertai iklim yang akan wujud hasil daripada perbandaran tersebut.

Ciri Keperihalan :

Kedua-dua teks menunjukkan terdapatnya ciri yang disebabkan teks ini mewakili zaman yang berlainan. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

Jumaat, 5 Jun 2009

Dari:
amnani
Tarikh:
Khamis, 4 Jun, 2009 7:52 PM
Subjek:salam....

Mesej:
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Doa.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.sama-samalah kite b'kongsi ilmu yg bermanfaat ini...


Dari:

hadias hasifan
Tarikh:Khamis, 4 Jun, 2009 11:15 AM
Subjek:Fokus masalah atau Fokus Penyelesaian?
Mesej:
KES 1
Apabila NASA melancarkan angkasawan mereka ke angkasa lepas, mereka mendapati pen tidak dapat digunakan/berfungsi pada graviti kosong (dakwat tidak turun ke permukaan). Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka membelanjakan sebanyak USD 12 juta dan mengambil masa 1 dekad untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka mencipta pen yang dapat digunakan/berfungsi pada graviti kosong, secara terbalik, di dalam air, dan semua permukaan termasuk di atas kristal serta pada jarak suhu takat beku sehingga 300 darjah celcius.
KES 2

Satu kes study yang sangat diingati oleh para pelajar pengurusan dari Jepun ialah kes kotak sabun kosong yang mana berlaku kepada salah satu syarikat kosmetik tersohor dari Jepun. Syarikat tersebut telah menerima komplen dari seorang pengguna bahawa kotak sabun yang dibelinya tidak berisi sabun, tetapi kosong. Pihak pengurusan syarikat tersebut telah meminta jurutera untuk membina satu mesin imbasan beresolusi tinggi bernilai jutaan Yen untuk mengimbas kotak sabun. Tidak disangkal, mesin tersebut menjalankan tugasnya dengan jayanya, dapat mengesan kotak yang kosong tetapi menelan belanja jutaan Yen.

Apabila syarikat kosmetik yang kecil mengalami masalah yang sama, mereka tidak menggunakan mesin imbasan, atau x-ray yang mahal, tetapi sebaliknya menemui cara penyelesaian yang lain. Mereka membeli kipas industri yang kuat kuasanya, dan menghalakannya ke tempat pembungkusan. Mereka memasang kipas berkuasa tinggi itu, dan setiap kotak sabun akan melepasi kipas tersebut. Kotak yang tidak berisi sabun, dengan mudah akan terbang.

di copy dr: http://mofahano.wordpress.com/...

Selasa, 2 Jun 2009

SAMBUTAN HARI GURU SAMER 2009

CATATAN DIPETIK DARIPADA BLOG ABI AMIR
Jika ingin mengetahui lebih lanjut dan lebih banyak ilmu dan pengetahuan... silalah ke blog beliau menggunakan alamat di atas... banyak pengetahuan yang dimuatkan dalam blog beliau.

*************************************************
Oleh Abi Amir :
SAMER telah membuat sambutan Hari Guru 2009 pada 29 Mei yang lalu. Acara bermula jam 8.00 pagilah macam biasa. Tak macam sekolah-sekolah lain yang membuat sambutan pada 18 Mei. sekolah kami menyambutnya selepas habis semua kertas peperiksaan pertengahan tahun ini. So, pelajar pun boleh tenang meraikannya. Acara sambutan indoor dan outdoor telah dirancang oleh pihak pengawas dan guru-guru yang bertanggungjawab. Alhamdulillah cuaca pun baik dan cerah sekali. Namun aku tak dapat sertai kawan-kawan guru yang lain meyertai acara sukan kerana ada tugas yang perlu dilaksanakana-biasalah ada urgent- boss mintak buat kerja sikit. Hanya acara sepak buah kelapa sahaja yang aku sempat sertai dan rakam di sini. bagi guru perempuan adalah back-up dari pengawas bertugas.
Pada sambutan kali ini seramai 5 orang guru telah dianugerahkan dengan hadiah tertentu iaitu :
1- Guru
2- Guru Kreatif3- Guru Inovatif
4- Guru Prihatin
5- Guru Harapan
tengok sendirilah ye. Hebat guru SAMER ni sebenarnya. Hadiah anugerah ini daripada pihak PIBG dan disampaikan oleh YDP sendiri. tahniah dan syabas!namun dalam keseronokan ada jua kesedihan. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.Cikgu Wan Norashikin Wan Yusuf akan berpindah sekolah di negeri asalnya di Kelantan. Hilanglah kaunselor sekolah SAMER. Pengganti bila, tak tahulah bila nak datang nanti. Harap cepatlah ye BPI.