Isnin, 9 Ogos 2010

PENANDA WACANA

Disebabkan kekangan masa dan kesihatan, saya hanya akan memuatkan maklumat berkaitan penanda wacana ini yang dipetik daripada beberapa penulisan dalam blog-blog berkaitan..


Dipetik daripada :

http://cikgutancl.blogspot.com/2008/07/penanda-wacana.html

Penanda Wacana

Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.


Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Dipetik daripada :

staff.iiu.my/mascitah/penandawacana.doc.


Penanda Wacana

A

1. Andaikan perkara ini berlanjutan,

2. Apa yang membimbangkan kita ialah

3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita ...

4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah...

5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa...

6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa

7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,

8. Ada pihak yang beranggapan bahawa

9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa

10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan

11. Adalah dipercayai bahawa...

12. Adalah lebih Afdal (baik) jika...

13. Adalah memalukan kita kerana

14. Adanya perkara ini kerana

15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika....

16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan

17. Adat di dunia memang begitu,

18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana...

19. Adiwarna (memang bagus) jika kita......

20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan...

21. Advis (nasihat) saya ialah ...

22. Aduan yang kita sering terima uialah...

23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan

24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa...

25. Agak membimbangkan kita kerana...

26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah...

27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan....

28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..

29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,

30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa

31. Alam terbentang menjadi saksi,

32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa

33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita....

34. Amnya, (Umumnya)

35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana....

36. Angkara perbuatan ini,

37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa....

38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ...

39. Atas dasar perikemanusiaan,

40. Ayuhai manusia,....

B

41. Bagaimana pun,

42. Bahang masalah in semakin terasa kerana

43. Bagunlah wahai rakyatku,

44. Barangkali kita terlupa bahawa...

45. Baru-baru ini,

46. Belakangan ini,

47. Bayangkan suatu hari nanti,

48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan...

49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka...

50. Belukar kehidupan ini mengajar kita....

51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa

52. Bernas sekali anggapan bahawa...

53. Biasanya,

54. Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini kerana...

55. Bulan dan bintang menjadi saksi bahawa

C

56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor...

57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana

58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..

59. Cukuplah sekadar ini,

60. Cukup malu kerana...

D

61. Dada manusia yang kejam ini..

62. Dada insan yang rakus (tamak) ini...

63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan...

64. Dakwaan yang mengatakan bahawa...

65. Dakwaan ini memang tepat kerana

66. Dakwaan ini tidak berasas kerana

67. Dalam mengharungi arus globalisasi,

68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,

69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari,

70. Dalam hal ini,

71. Dalam ajaran agama dan moral,

72. Dalam mengaplikasikan nilai ini,

73. Dalam pada itu,

74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah

75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa...

76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa....

77. Dapat kita simpulkan bahawa...

78. Daripada membiarkan masalah ini kronik,

79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa...

80. Dalam hal sedemikian,

81. Dengan berbuat demikian,

82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..

83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan...

84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana

85. Diskriminasi kaum menyebabkan...

E

86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita

87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.

88. Ekoran daripada peristiwa ini,

89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..

90. Entah mengapa,

F

91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa...

92. Faktor utama ialah..

93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah

94. Fasal (berkenaan) itu,

95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah...

96. Fokus utama topik kita ialah...

97. Fungsi utama ialah..

G

98. Galakan ini datangnya daripada...

99. Gamatlah suasana kerana ...

100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana...

101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa

102. Gejala ini ada kaitan dengan....

103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila...

104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan....

105. Generasi dotkom ini mementingkan..

106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila...

107. Gundah sekali apabila....

108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,

H

109. Habis (jadi),

110. Hala tuju kerajaan ialah...

111. Hal ini demikian kerana

112. Hal ini berlaku kerana...

113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana...

114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana...


115. Hal ini berpunca daripada...

116. Hal ini menyebabkan...

117. Hal ini menghalang usaha kita...

118. Hampanya ibu bapa apabila...

119. Harapan kita ialah...

120. Harapan negara ialah...

121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan

122. Hipotesisnya ialah...

123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana...

124. Hujah yang dikatakan...

125. Hujah itu memang tepat kerana...

I

126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan...

127. Idea ini menyebabkan

128. Ideologi ini memang benar kerana...

129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana

130. Ijtihad pelbagai pihak ialah...

131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan...

132. Iman manusia semakin menipis kerana..

133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,

134. Impaknya(kesannya) ialah

135. Impak daripaha hal ini menyebabkan...

136. Ingatlah bahawa...

137. Ingat,

138. Insaflah wahai manusia,

139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana...

140. Istilah malas memang bahaya kerana...

141. Izinkan saya katakan bahawa....

J

142. Jika ditinjau dari sudut agama,

143. Jauhari berpendapat bahawa,

144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa

145. Jadi,

146. Berjaga-jagalah kita,

147. Jagat (dunia) ini amat luas,

148. Jagatraya (seluruh dunia) ini,

149. Jago (juara) politik beranggapan,

150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana

151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin

152. Jak ( semenjak / dari)

153. Jalan hidup yang lurus ini

154. Jauh di sudut hati,

155. Jauh berbeza daripada orang lain,

156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan

157. Jentera kerajaan mestilah

158. Jihad (perjuangan) manusia

159. Justifikasinya, (alasannya)

160. Jurang pemisah in menyebabkan


K

161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa

162. Kaca mata ini sentiasa melihat

163. Kadangkala,

164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan

165. Kala manusia bermain dengan kezaliman,

166. Kalakian, ( ketika itu)

167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila

168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan

169. Kancah politik menyebabkan

170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga

171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan

172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana

173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila

174. Kata Perdana Menteri,

175. Kata golongan intelek,

176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa

177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa

178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah

179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila

180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan

181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)

182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana

183. Kelak,

184. Kemudiannya,

185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan

186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan

187. Kekentalan hidup mengajar kita

188. Kerenah manusia pada zaman moden ini,

189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila

190. Khususnya,

191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana

192. Kini,

193. Kira-kira sedekad lalu,

194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa

195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila

196. Kombinasi ini menyebabkan

197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan

198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana

199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa

200. Konklusinya,

201. Konsep ini sesuai kerana

202. Kontradiksinya, (sebaliknya)

203. Kekosongan jiwa menyebabkan

204. Kotornya sanubari seseorang jika

205. Kreativiti ini menyebabkan

206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana

207. Kritikalnya masalah ini kerana

208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila

209. Kurangnya pendidikan menyebabkan

L

210. Lagipun,

211. Lagi pula,

212. Langkah yang sesuai ialah

213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa

214. Lebih-lebih lagi,

215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana

216. Lahiriahnya ( pada awalnya)

217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana

218. Lanjutan daripada peristiwa itu,

219. Lantangnya suara manusia menyebabkan

220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang

221. Lebih-lebih lagi,

222. Leganya kita jika

223. Lillahi, (demi Tuhan)

224. Lumrahnya, (lazimnya)

225. Lumpur hidup ini memang begitu,

M

226. Maknanya,

227. Maka,

228. Masa sekarang

229. Malangnya,

230. Malang tidak berbau,

231. Masihkah anda ingat,

232. Misalnya,

S

233. Sementelahan,

T

234. Tempiasnya (kesannya)

Penanda Wacana

Ditulis oleh Munsyi Bahasa | www.tutor.com



DALAM sesuatu ayat terkandung sesuatu idea, hujah, atau pandangan penulis atau pengucap. Semua itu dikatakan maklumat tentang sesuatu topik.

Beberapa maklumat ini dianggap tidak mempunyai pautan yang lengkap sebagai satu kesatuan tatabahasa jika tanpa penanda wacana, atau jika tidak mempunyai penanda wacana yang lengkap. Oleh yang demikian, dalam sesuatu wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat dapat melahirkan kesatuan yang utuh, kerana wacana itu sendiri, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik.

Penanda wacana berupa kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat.

Dalam bahasa Melayu terdapat sekurang-kurangnya lima penanda wacana, iaitu penanda wacana penghubung, penanda wacana rujukan, penanda wacana penggantian, penanda wacana leksikal, dan penanda wacana elepsis atau pengguguran.

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis pula, iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab, dan penghubung tempoh.

Dalam tulisan, kali ini, akan dihuraikan dua jenis penanda wacana penghubung sahaja, iaitu penanda wacana penghubung tambahan, dan penanda wacana tentangan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan sebelumnya. Antara penanda jenis ini termasuklah dan, tetapi, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:

1. Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan lebih lebat.

2. Rakyat hendaklah cinta akan negara ini. Di samping itu mereka juga harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara.

Dalam ayat (1), penanda wacana malahan menghubungkan maklumat baharu

(maklumat tambahan), iaitu “lebih lebat” kepada maklumat yang terdahulu , yakni “Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi lebih lebat bukannya reda”.

Dalam ayat (2) pula penanda wacana di samping itu menghubungkan maklumat baharu “mereka harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara” dengan maklumat awal “Rakyat hendaklah cinta akan negara ini”.

Penghubung tentangan pula ialah penghubung wacana yang menunjukkan wujudnya pertentangan maklumat antara satu maklumat yang baharu dengan maklumat sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara contoh penanda wacana tentang ini termasuklah tetapi, namun, sebaliknya, namun begitu, dan walau bagaimanapun. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:

3. Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Namun, sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.

4. Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha ini.

Dalam ayat (3), penanda wacana namun menghubungkan maklumat pertentangan

antara ayat pertama. iaitu “Dia sudah tiga bulan berhenti merokok”, dengan maklumat tentangan “ia ingin menghisap rokok kembali apabila melihat rakan-rakannya sepejabatnya merokok” dalam ayat kedua.

Dalam ayat (4), maklumat berkenaan dengan usaha pihak Kementerian Kesihatan mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik dipertentangkan dengan maklumat baharu, iaitu “masih terdapat sebilangan orang ramai yang memandang sepi akan usaha ini”; dengan menggunakan penanda wacana penghubung tentangan walau bagaimanapun.

Secara mudah, ayat (3) dan (4) dapat ditunjukkan proses pembentukannya seperti yang berikut:

3. Ayat tunggal: Dia sudah tiga bulan berhenti merokok.

Ayat majmuk: Sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnya

merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.

Penanda wacana: namun

4. Ayat tunggal: Sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan

usaha ini.

Ayat gabungan: Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan

serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit

kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa

Penanda wacana: walau bagaiman pun

Dipetik daripada :

Smkrajaperempuanipoh.com/MGC/KintaUtara/.../BM/Wacana.doc


PENANDA WACANA





Objektif : Murid dapat memperluas pengetahuan tentang penanda wacana dengan membuat latihan yang disediakan dan merujuk nota yang diberikan.

Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea. Hubungan ini terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat. Pengulangan kata atau rangkai kata utama, terutamanya dalam subjek dan predikat ayat juga berfungsi sebagai penanda wacana.

Fungsi

Contoh

1. Tambahan

dan, serta, lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping itu

2. Urutan

pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula

iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

4. Contoh

contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan

rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat

berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

7. Waktu

apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan

oleh itu, oleh sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

9. Bandingan

seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

10. Pertentangan

sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11. Pengesahan

sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Dipetik daripada :

http://nasa76.tripod.com/wacana.html

3 jenis penanda wacana:
i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
ii. Memperjitu organisasi penulisan.
iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.

Menunjukkan pertautan dari segi kronologi

Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya.
Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.

Memperjitu organisasi Penulisan

Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain.
Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian tertentu.
Contoh:
Sebagai kesimpulan,
untuk merumuskan,
contohnya,
tegasnya,
dapat dinyatakan bahawa
pertama,
ahkir sekali,
dengan kata lain,
dalam hal ini,
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi

Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan koma dalam penulisan.

Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain

Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu:
a. Menambah atau memperluas ide
Contoh:
dan
selanjutnya,
di samping itu,
selain itu,
lebih-lebih lagi
tambahan pula,
begitu juga,
seterusnya,
satu lagi
dsbnya.

b. Menunjukkan pertentangan ide
Contoh:
tetapi
Sebaliknya,
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun,
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya,
dan sebagainya.

c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat.
Contoh:
jadi,
Oleh sebab itu,
disebabkan
oleh yang demikian,
untuk tujuan itu,
maka (kata pangkal ayat)
Berikutan itu,
Dengan demikian,
kecuali
dengan syarat
justeru

tetapi - Sekiraya tetapi terletak pada permulaan ayat ia mestilah diikuti dengan tanda koma.
contoh: ... Tetapi, ...

sebaliknya - Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma (,) sebelum perkataan 'sebaliknya'.
Contoh:..., sebaliknya...

pangkal ayat - Di antara contoh-contoh pangkal ayat ialah seperti berikut: hatta, arakian, sebermula, alkisah.

justeru - penggunaan 'justeru itu' adalah salah dari segi tatabahasa


Dipetik daripada :

http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=5131&PN=3

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,

selanjutnya, seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,

kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang

diterangkan

4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,

umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai

kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,

bertentangan dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada

mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,

dengan itu

9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama

juga dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau

bagaimanapun, namun begitu, bertentangan

dengan

11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,

pastilah, sememangnya