Isnin, 18 Februari 2013

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU



Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju

Maksud
Rangkap 1
Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya dan tetap bersemadi di hati orang-orang Melayu kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2
Bahasa kebangsaan dilihat sebagai maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh serta diberikan keutaamaan dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
Para cendikiawan dan penggiat bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencipta kejayaan dalam alaf baru ini. Bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan kini.

Tema
Semangat Cinta akan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. Perjuangan memeartabatkan bahasa Melayu dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
4. Menghormati  akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
5. Keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan
6. Sejarah kegemilangan Bahasa Melayu tersendiri

Bentuk
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
    Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd
    Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aabab
    Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
    Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
    Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa

Nada
Patriotik

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
2. Diksi mudah difahami dan puitis
    Contohnya : Warga yang berbudi
3. Sinkof  – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku
    mendaulatkanmu, bahasamu, tak
4. Metafora – lautan bijaksana
5. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
                         - bahasaku mencengkam
                         - suaramu tumbuh
6.
Inversi – gagah pelautku membelah lautan
                 - di arena antarabangsa suaramu tumbuh
7. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
8. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri 
5. Setia
6. Amanah
7. Mencintai bahasa
8. Bersatu padu

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu
3. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
4. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
5. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian 

    masyarakat dunia.
6. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum. 
7. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu


1 ulasan:

  1. dlam rangkap 4 dikatakan "sejarah bangsa mencatatkan kegemilangannye"apa kejayaan yang boleh dibanngakan yee..boleeehh tolong jwab kann..

    BalasPadam