Rabu, 24 Oktober 2012

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB

Assalamualaikum para pelajar yang dikasihi,
Alhamdullillah saya dapat mencatat lagi di sini walaupun banyak kekangan kerana kesibukan tugas dan kesuntukan masa belakangan ini. Namun untuk sedikit panduan  untuk anak-anak yang dikasihi terutama yang akan menduduki SPM pada 5 November ini, saya ingin menyentuh beberapa perkataan kata pinjaman daripada Bahasa Arab untuk membanyakkan kosa kata yang boleh digunakan dalam penulisan anda.


PERKATAAN
MAKNA DAN CONTOH AYAT
Iktisab
Usaha untuk mendapatkan untung yang halal
Contoh ayat :
 Azmi sanggup melakukan pelbagai iktisab untuk memastikan perniagaanya diberkati Allah.

Iktibar
Pengajaran, contoh, ibarat, teladan.
Contoh ayat:
Kita wajar mengambil iktibar atas musibah yang telah berlaku agar perkara itu tidak berulang lagi.

Ikhtisar
Ringkasan, isi ringkas, synopsis
Contoh ayat:
Khalil menggunakan ikhtisar buku itu sebagai panduan untuknya menyampaikan ceramah dengan berkesan.

Iktikad
Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang berkaitan dengan rukun iman
Contoh ayat:
Atiff akan menetapkan iktikadnya walau apa sahaja dugaan yang lalui dalam perantauannya.

Ikhtiraf
Menerima atau mengakui
Contoh ayat: (Kamus Dewan)
Malaysia tidak akan ikhtiraf kemerdekaan sesebuah negara yang tidak berperlembagaan.

Maslahat
Sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dan sebagainya yang mendatangkan faedah
Contoh ayat: (Kamus Dewan)
Dia sentiasa meletakkan kebenaran di hadapannya dan tidak mempermudah-mudah sesuatu maslahat yang berkaitan dengan orang ramai.

Qanaah
Sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yang ada
Contoh ayat:
Amnani disenangi oleh keluarga suami kerana sikapnya yang qanaah dan menerima suaminya seadanya.

Khusyuk
Dengan penuh minat atau sepenuh hati dengan bersungguh-sungguh, dengan menumpukan perhatian dan minat sepenuhnya.
Contoh ayat:
Para jemaah khusyuk menunaikan solat walaupun dalam suasana yang bising.

Khalil
Sahabat
Contoh ayat:
Salleh bersyukur kerana mempunyai seorang khalil yang ikrab seperti Hanafi.

Khauf
Ketakutan
Contoh ayat:
Dalam saat genting itu mereka menunaikan sembahyang dalam keadaan khauf. (sembahyang yang dilakukan dalam keadaan bahaya seperti di medan peperangan – Kamus Dewan)

Musykil
Ragu-ragu, payah (difahami,dimengerti, dihuraikan), sukar, sulit
Contoh ayat :
Mustaffa masih musykil dengan penjelasan  tentang persoalan yang sedang dibincangkan tadi.

Mustajab
Berjawab atau dikabulkan.
Contoh ayat:
Alami seorang yang sering menunaikan ibadah sembahyang pada sepertiga malam dan doanya selalunya mustajab.

Mustakim
Benar, jujur, lurus
Contoh ayat:
Rayyan  mengamalkan sifat mustakim dalam kehidupannya dan sangat dihormati.

Nadim
Orang kepercayaan, sahabat yang baik.
Contoh ayat:
Qaizen menjadi seorang yang nadim kepada Haris yang menjadi ketuanya.



Isnin, 24 September 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 BAHASA MELAYU KERTAS 1

Saya ingin memuatkan soalan Karangan Respon terbuka untuk tatapan para pelajar yang dikasihi. Semoga usaha ini dimanafaatkan oleh anda semua.

ZON B : SARAWAK

Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.


1.   Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020.
      Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut

2.   Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula
      dari rumah. 
      Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.

3.   Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan
      aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan
      hidup rakyat Malaysia yang telah menwujudkan perpaduan antara kaum.
      Huraikan pendapat anda tentang pernyaataan di atas.

4.   Ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabkan Malaysia menjadi
      tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan
     dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah "Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing
      kepada Negara Kita."
     Tulis rencana itu selengkapnya.

5.   Ibu anda menghadiahkan sebuah novel sempena ulang tahun kelahiran anda.
      Berikan ulasan anda tentang keistimewaan novel itu.

 
Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara
      satu  sama lain.
      Sehubungan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

2.   Remaja bersahsiah mulia mampu membangunankan sesebuah negara. Oleh sebab itu,
      ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk  sahsiah murni anak-anak mereka.
      Bincangkan.

3.   Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
      Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat
      anda. Tajuk ceramah tersebut ialah "Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat
      berjimat Cermat."
      Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

4.   Negara-negara di dunia hari ini menghadapi masalah pemerdagangan manusia yang semakin
      membimbangkan.
      Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan tersebut daripada berleluasa.

5.  Remaja amat mahal
                       sesungguhnya
     tiada terbeli oleh perjanjian
     harga remaja adalah
                       pendirian
     keberanian dan ilmu.

      Berdasarkan petikan sajak 'Harga Remaja' di atas, terangkan kepentingan menjaga maruah diri
      sendiri.

Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Kerajaan mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.
      Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

2.   Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak
      mementingkan keindahan alam sekitar.
      Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
      menjaga keindahan alam sekitar.

3.   Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
      menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
      Tulis rencana tersebut selengkapnya.

4.   Kerjasama antara negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan pendidikan di
      sesebuah negara.
      Bincangkan kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan pendidikan .

5.   Kini, karya kreatif seperti cerpen dan novel oleh penulis-penulis muda semakin berkurangan.
      Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam
      penulisan kreatif.


 

 
Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius.
      Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk
      memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

2.   Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keperihatinan ibu bapa.
      Ulaskan pernyataan di atas.

3.   Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger,piza dan mi segera menjadi suatu trend
      dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda indin menulis sebuah rencana
      yang akan disiarkan dalam akhbar tempatan yang bertajuk 'Kesan-kesan Buruk
      Pengambilan Makanan Segera
      Secara lebih berlebihan.'
      Tulis rencana tersebut selengkapnya.

4.   Beberapa buah negara di dunia sedang mengalami pergolakan politik dan peperangan yang
      berlarutan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara. Oleh itu, penglibatan Malaysia dan
      beberapa buah  negara lain yang mengganggotai misi keamanan dunia amatlah dipuji.
      Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.

5.   Penakek pisau seraut,
      Ambil galah batang lintabong,
      Seludang ambil ke nyiru;
            Setitis jadikan laut,
            Sekepal jadikan gunung,
            Alam terbentang jadikan guru.

     Puisi lama di atas menjelaskan kepentingan menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada
     masyarakat.
     Bincangkan.


 
 
Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan,
      setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
      Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik
      kepada kedua-dua ibu bapa.

2.   Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat
      yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh
      dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.
      Tulis wawancara itu selengkapnya.

3.   Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
      Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan
      dalam  kalangan rakyat.

4.   Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia lebih rapat sehingga merentasi sempadan.
      Ulaskan kepentingan dan peranan terknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi
      masyarakat dunia.

5.   Bahasa itu maruah bangsa
      yang mesti dipelihara martabatnya
      agar tetap kukuh dan ampuh
      melayari lautan bijaksana
      salam ikatan mesra dan teguh.
                           (Dipetik daripada Dirgahayu Bahasaku,
                             Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.20)

      Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa
      Kebangsaan kita.


BERSAMBUNG




Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Anda  telah menyertai Program Mptivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
      Pelbagai aktiviti diadakan.
      Jelaskan bagaimana perogram tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk
      terus berjaya.

2.   Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia.
      Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

3.  Dalam usaha menggalakkan dan mencungkil potensi murid dalam bidang sukan, Kementerian
      Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan untuk dilaksanakan di
      semua sekolah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam 
      majalah sekolah "Faedah-faedah Perlaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Di Sekolah".
      Tulis rencana itu selengkapnya.

4.   Kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa mampu
      mewujudkan keamanan dan kemakmurannya masyarakat dunia.
      Ulaskan pernyataan di atas.

5.   Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan nilai-nilai
      murni yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan oleh generasi muda pada hari ini.
      Berikan pendapat anda.

                                                      KERTAS  SOALAN  TAMAT





Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran
      Malaysia menjadi idaman setiap remaja.

       Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

2.   Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam
      kalangan anak..
      Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi
      budaya dalam kalangan keluarga mereka.

3.   Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk labih maju dalam sektor pelancongan.
      Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh akhbar tempatan.
      Tajuk rencana tersebut ialah "Usaha-usaha untuk Memajukan Pelancongan Negara".
      Tulis rencana itu selengkapnya.

4.   Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.
      Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.

5.   Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh sekolah
      anda. Tema cerpen yang anda pilih ialah perpaduan kaum.
      Tulis cerpen anda itu selengkapnya.

                                                      KERTAS  SOALAN  TAMAT


   

Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
      Bincangkan usaha-usaha  yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka
      itu tercapai.

2.   Minat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini semakin berkurangan.
      Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.

3.   Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.
      Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.

4.   Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini.
      Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.
      Tajuk rencana tersebut ialah 'Usaha-usaha Menarik Minat Pelancong Asing Datang ke
      Malaysia'.
      Tulis rencana itu selengkapnya.

5.   Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca, banyak mengandungi
      Keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
      Bincangkan.

                                                      KERTAS  SOALAN  TAMAT



Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


 Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Renaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja,
      jelaskan cara-cara yang dapt anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

2.   Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya   
       membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.
       Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan tersebut.

3.   Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat untuk menghadapi krisis
      ekonomi pada masa ini.
      Tulis  sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.

4.   Kerjasama Malaysia dengan negara-negara jiran amat diperlukan untuk memerangi jenayah
       pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu global.
       Bincangkan  pernyataan tersebut.

5.   Perumpamaan 'bagai menatang minyak yang penuh' bermaksud ibu bapa yang mendidik
      anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bagi.
      Tulis sebuah cerpen bertemakan maksud perumpamaan tersebut.

                                                      KERTAS  SOALAN  TAMAT




Bahagian B :
[ 100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]


Pilih satu daripada seoalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.   Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyayangi dalam
      kalangan guru dan murid.
      Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

2.   Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumah tangga terutama kepada anak-anak
      lelaki. Pandangan ini selaras  dengan salah satu matlamat pendidikan negara, iaitu memperkasakan
      pelajar  lelaki.
      Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh  oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka
      sebagai pemimpin keluarga.

3.   Peninggalan sejarah dan warisan budaya merupakan aset yang mesti dipertahankan dengan baik
      agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.
      Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.


4.   Hampir tujuh bilion perut di seluruh dunia semakin terasakan bahana kenaikan harga bahan
      makanan. Faktor yang menggusarkan masyarakat dunia ialah stok makan semakin berkurang.
      Bincangkan punca-punca kemerosotan bekalan makanan dunia.

5.   Berdasarkan sebuah karya sastera yang anda baca, jelaskan amalan-amalan baik yang sesuai
      dipraktikkan oleh masyarakat kini.

                                                      KERTAS  SOALAN  TAMAT



Rabu, 20 Jun 2012

PROGRAM KEBITARAAN MELESTARIKAN BAHASA MELAYU..JERAYAWARA CIKGU SAMAT

Program  ini akan diadakan pada 30 Jun, 2012, hari Sabtu di Dewan Besar Umar Abdul Aziz, Sekolah Agama Menengah Rawang.Selangor. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan melibatkan semua pelajar tingkatan lima dan empat SAMER. 
      Program ini akan dilaksanakan oleh Cikgu Samat bin Buang, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Guru-guru yang berminat untuk mengikuti slot beliau dijemput hadir.

Jumaat, 3 Februari 2012

Latihan dalam cuti MaulidurRasul

 Assalamualaikum...

Latihan 1:

Anda dikehendaki untuk menonton filem atau drama yang disiarkan di kawa televisyen atau daripada pelbagai media sepanjang cuti empat hari mulai 3 Februari 2012 hingga 7 Februari,2012 ini.
Pilih satu kisah untuk membolehkan anda membuat kritikan atau ulasan filem atau drama berkenaan. Karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.
Gunakan petikan dialog yang ada dalam kisah yang anda pilih untuk perenggan pengenalan anda dan kaitkan dengan ulasan anda seterusnya.

Rangka Karangan:
Pendahuluan : 
Ambil petikan dialog dalam filem.
Jelaskan maklumat tentang tajuk/kepengarahan/ terbitan

Idea 1:
Sinopsis filem dan aspek paling menarik atau mengesankan
Kenapa aspek itu mengesankan dalam diri anda.
(Penjelasan : Melalui watak dan perwatakan atau tema dan persoalan yang digunakan)
Huraian
Contoh

Idea 2:
Penggarapan pengajaran yang diselitkan melalui plot dan teknik plot.
Huraian pendapat
Contoh
Jawapan kepada komentar (cadangan jika ada kelemahan)
Misalan :
Peristiwa ....... menjadikan susunan plot tidak begitu kronologi kerana......
Malahan jika dilihat dari sudut realiti masyarakat,peristiwa itu......
Sepatutnya peristiwa itu digambarkan secara.......... Teknik plot yang digunakan dalam cerita tersebut tidak memberikan kesan yang menjadikan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain bertautan.

Idea 3:
Kesinambungan satu peristiwa dengan nilai yang diutarakan 
Huraian
Contoh
Cadangan penambaikan

Penutup:
Keperihatinan dalam menilai dan mengutarakan maklumat atau kisah yang dipaparkan perlu dititikberatkan. Nilai-nilai masyarakat terutama masyarakat majmuk dan nilai keagamaan perlu diselidiki agar  norma yang dipaparkan tidak terpesong daripada kebenarannya. Pihak yang terlibat perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil inisiatif dalam menggalakkan penghasilan filem yang lebih berkualiti dan mempunyai mesej yang dapat disampaikan bukan semata-mata memenuhi keperluan bidang hiburan semata-mata.


Selamat menulis dan menghasilkan karangan yang baik, insyaallah.

Rabu, 25 Januari 2012

Harapkan pegar, pegar makan padi (pepatah yang harus dibetulkan)


Dari Meja Ketua Bidang Bahasa,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI( PEMURNIAN SEMULA PEPATAH MELAYU).

Hari ini salah seorang anak didik bertanyakan kesahihan penggunaan peribahasa Melayu  “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Agak terkesima dengan pertanyaan itu. Namun saya ingin memohon maaf sebab kerana kesibukan yang melanda baru-baru ini menyebabkan saya kurang membaca akhbar dan mengambil tahu banyak hal di sekeliling saya. Maka untuk mendapatkan kepastian saya  mencari kamus untuk mendapatkan makna pegar itu sendiri, dan merujuk lebih daripada kumpulan buku peribahasa yang digunapakai selama ini termasuk yang ada di Pusat Sumber Aisyah Humaira’ serta melayari beberapa laman sesawang untuk mendapatkan penjelasan.  Beberapa penjelasan di bawah ini saya petik daripada beberapa laman sesawang yang saya  layari antaranya daripada:
dan beberapa laman sesawang yang tidak saya muatkan dalam catatan ini.

      Penjelasan seterusnya ini saya susun semula untuk menjelaskan tentang peribahasa berkenaan.
 
Ayat Asal dalam bahasa jawi.
 

  - Dr. Burhanuddin Helmi

          Jadi perkataan sebenarnya ialah “PEGAR” bukannya “PAGAR”.  Selama ni, kita tidak terfikir langsung bagaimanakah pagar boleh makan padi? Agak tidak logik apabila pagar yang tidak berkeperluan untuk makan boleh memakan padi itu  dan jarang sekali kita melihat sawah-sawah yang dipagar. Apatah jika padi itu sudah dituai dan diletakkan di tempat khas, jarang sekali kita melihat adanya pagar yang boleh diharapkan menjaga padi-padii tersebut. 


Tetapi apabila mengunakan perkataan “PEGAR” baharulah peribahasa ini bersifat logik kerana  “PEGAR” adalah sejenis burung, yang digunakan pada  masa dahulu untuk memakan serangga di bendang sawah; yakni musuh yang merosakkan atau memakan pagi. Namun burung, atau ayam pegar ini juga turut memakan padi itu sendiri sekiranya musuh padi itu sudah tiada. Jadi barulah logik jika ayatnya sepatutnya menjadi “Harapkan Pegar, Pegar makan padi”


 
Ini sedikit info mengenai burung tersebut di wikipedia ( Burung Pegar )
Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Pegar dimaksudkan sebagai sejenis ayam atau burung yang dikenali sebagai burung Tetara; atau Lophura Ignita Rufa

Burung Pegar

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas.



Petikan ini ditulis oleh Shameel Iskandar melalui blognya : http://www.bicaradariaku.com tetapi telah saya edit sebahagian untuk huraian yang menggunakan bahasa yang lebih gramatis.

Selama ini kita tersilap dan tersalah dalam menggunakan pepatah Melayu ini. Yang sering digunapakai, baik dalam ucapan mahupun tulisan ialah ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’.
Namun, jika difikir secara mendalam, perkataan itu(pagar) amat tidak logik:

Pertama: kerana pagar bukannya benda hidup, jadi macam mana ia boleh makan.
Kedua pula: mana ada sawah padi yang berpagar.


Pepatah yang tepat ialah Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi.

Apa itu Pegar?
Pegar ialah sejenis burung. Di panggil juga ayam pegar. Saiznya sebesar ayam dan melata seperti ayam dan burung boleh terbang seperti burung yang lain. Pegar kini agak susah untuk ditemui dan burung ini diancam kepupusan.

Kenapa Pegar dikatakan boleh menjaga padi?
Hal ini memandangkan pegar banyak terdapat di pinggir hutan berhampiran sawah. Jadi, ia memakan serangga perosak padi seperti siput gondang, belalang dan juga ketam. Namun, di samping itu, ayam pegar juga turut memakan padi.

Jadi, pegar memakan musuh padi dan dalam masa ia juga turut memakan padi. Dari sinilah timbulnya pepatah ‘Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi’.

Makumat lanjut sila rujuk Berita Harian, Rabu, 11 Januari 2012, M/S : N10. Ruangan Mewah Bahasa Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman(Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu(APM), Universiti Malaya)

Begitu juga dengan kata perpatah “Bagai melepaskan batuk di tangga” yang sebenarnya bukan Batuk tetapi Batok!

Perkataan Batok adalah bermaksud tempurung (di wikipedia ini adalah perkataan pinjam jawa ke bahasa melayu) . Jadi ayat yang sebenarnya.

Bagai melepaskan Batok di tangga