Khamis, 3 Mac 2011

PERANAN PERIBAHASA

Peribahasa

Pada masa kini, aspek Peribahasa semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan elemen penting dalam kriteria berbahasa. Antara sebab peribahasa merupakan bahasa klise dan milik sastera lama, tidak memahami peribahasa dengan baik, peribahasa mempunyai banyak makna tersirat, jumlah peribahasa yang banyak dan mempunyai makna tersirat, dan beberapa sebab yang lain.

Namun Peribahasa merupakan elemen yang penting dalam matapelajaran Bahasa Melayu untuk tingkatan satu hingga tingkatan lima. Aspek peribahasa ini merupakan elemen yang wajib yang dimasukkan dalam soalan pemahaman untuk PMR, dan soalan 3(e), Kertas 2 Bahasa Melayu SPM dan antara soalan tetapan KOMSAS dalam penulisan karangan respon terbuka Kertas 1 Bahasa Melayu SPM.

Takrifan Peribahasa

Perbahasa itu ialah rangkaian-rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku dengan susunan-susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan daripada asalnya.
- Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Ilmu Mengarang Melayu, DBP(1965)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Za'ba menakrifkan  peribahasa sebagai susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.

Peribahasa ditakrifkan Keris Mas sebagai percakapan atau ujaran-ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikir dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.

Abdullah Husain menakrifkan peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia mulai mengenal peradaban ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan sesama manusia.

Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir atau keperluan akal budi  masyarakat pengguna bahasa itu.
-  Awang Sariyan

Peribahasa mengandungi ciri-ciri komunikasi moden, keringkasan, ketepatan dan kepadatan maklumat.
-Awang Sariyan (Pengantar), Titian Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin, DBP (1992)

Olehsebab cakap-cakap itu dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah di mulut orangramai, lalu di pakai untuk menjadi bandingan , teladan dan pengajaran.
-Mohd Yusod Mustafa, Mestika Bahasa, DBP (1965)

3 sumber yang disenaraikan berkaitan peribahasa ialah peribahasa merupakan pengalaman hidup rakyat jelata, merupakan pengamatan orang arif bijaksana dan kandungan kitab suci. - Abdullah Hussain

Maklumat-maklumat boleh didapati melalui :
http://www.slideshare.net/mohamednaim/pengajaran-peribahasa
http://peribahasamelayu.com/
http://penyair.wordpress.comhttp://chaimestm.blogspot.com/2009/08/peribahasa-melayu-spm.html
http://www.aswara.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=c538310d-ca7d-47e4-a23b-7361203059cc&groupId=19273
http://belajarbm.blogspot.com

http://pakanasksah.blogspot.com/2009/05/contoh-karangan-jenis-peribahasa.html
http://www.sarionline.ukm.my
http://english.um.edu.my/anuvaada/PAPERS/GOH.pdf
http://www.kesturi.net/archives/754
http://universitipts.com/index.php/site/comments/datin_noor/
http://abihulwa.blogspot.com/2010/07/warna-kehidupan-peribahasa-melayu.html
http://cikgufakriya.blogspot.com/

Harga Sekuntum Cinta - Far East