Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama akan diuji pada soalan 3(d) iaitu
mengesan kesalahan tatabahasa atau di 3 (b) Menentukan Pola Ayat (Frasa Nama
+ Frasa Sendi Nama)
1. Kata
Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dan ayat.
2.
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama.
3.
Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama,
frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang
mengikutnya.
4. Kata sendi
nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan
kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
(Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252),
Ayat contoh:
1. Hadiah
itu untuk adiknya.
2. Mohd
Rayyan berasal dari Kelantan
Analisis: adiknya dan Kelantan adalah kata nama dan frasa nama. Maka kata
sendi nama diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama; menjadikan pola
ayat tersebut Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
FUNGSI
|
KATA
SENDI NAMA
|
Arah
|
kepada,
pada, dari, ke
|
Tujuan
|
untuk
|
Waktu/Masa
|
pada, dari,
ke, hingga, sejak
|
Tempat
|
dari, di, ke
|
Perbandingan
|
Daripada,
,terhadap, bagai, seperti, tentang
|
Bersama-sama
|
dengan
|
KATA SENDI NAMA
|
FUNGSI
|
AYAT CONTOH
|
Di
|
Menunjukkan
tempat
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa |
1. Allisa
tinggal di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.
2. Buku itu
di tepi meja
|
Ke
|
Menunjukkan
tempat arah dan masa
|
1. Dia akan
berpindah ke Kelantan pada hujung minggu ini.
|
Dari
|
Menunjukkan
arah,tempat dan masa(ATM) |
1. Azizi
menunggu adiknya dari jam tiga petang tadi.
2. Bas itu
tiba dari utara
|
Pada
|
Menunjukkan
tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Keterangan waktu. |
1. Cermin itu
digantung pada dinding.
2. Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
|
Daripada
|
(K)keanggotaan,
(A)abstrak, (B)bandingan/benda, (O)orang/organisasi, (S)sumber. |
3. Pasukan
itu terdiri daripada lima orang pemain yang berpengalaman.(K)
4. Kecemerlangannya
dijana daripada pengalamannya yang
lalu.(A)
5. Bangunan
Maybank lebih tinggi daripada bangunan-bangunan lain.(B)
6. Dalila
menerima hadiah itu daripada abangnya.(O)
7. Maklumat
itu diperoleh daripada Jurnal Bahasa Universiti Malaya(S)
|
Hingga
|
Maksud
had masa
|
1. Zaki menghabiskan
masa melukis dari pagi hingga petang.
|
Dengan
|
Maksud
bersama-sama
|
1. Ibu
pergi ke pasar dengan adik
|
Kepada
|
Menunjukkan
arah, tempat orang yang ditujui.
|
1. Surat
jemputan itu ditujukan kepada Pengerusi Syarikat FH.
|
Bagi / Untuk
|
Menunjukkan
tujuan sesuatu itu dilakukan
|
1. Karnival
Pengguna itu diadakan bagi / untuk
mengisi tabung kewangan sekolah.
|
Sejak / Sementara
|
Menunjukkan
waktu / masa
|
1. Masyitah
tekun melakukan kerjanya sejak pagi tadi.
2. Salimah
sempat menyudahkan kerjanya sementara menunggu adiknya balik.
|
Terhadap
|
Merujuk
kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
|
1. Sekumpulan
pemuda itu bersikap kurang ajar terhadap orang itu.
|
Demi
|
Menunjukkan
maksud tujuan
|
1. Kita
mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.
|
Antara
|
Digunakan
di depan kata nama yang membawa maksud banyak
|
1. Sate
dan Kebab antara makanan yang dihidangkan hari itu.
|
Dalam
|
Sendi
nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk
menunjukkan arah / tempat.
|
1. Salmah
berada di dalam bilik bacaan.
2. Danisy
masuk ke dalam rumahnya.
|
Tentang
|
Maksud
perkara atau hal yang dilakukan
|
1. Cikgu
Wan Sabri memaklumkan tentang
latihan bola sepak yang akan diadakan setiap minggu.
|
Oleh
|
Maksud
sebab
|
1. Berita
gembira itu disampaikan oleh Pengetua pada perhimpunan pagi
|
Akan
|
Menunjukkan
maksud "kepada" atau "terhadap"
|
1. Seri
sangat kasih akan anak angkatnya itu.
|
baikkk
BalasPadam