Khamis, 21 Mei 2009

PETIKAN DARIPADA BULETIN DAN MESEJ RAKAN-RAKAN FS

Assalamualaikum.... Catatan ini juga daripada rakan atau sahabat yang ingin berpesan melalui buletin mahupun email untuk renungan semua...

Daripada:

SyuK
Tarikh:
5/21/2009 10:58 am

Jumaat, 22 Mei, 2009 1:58 AM
Subjek:
doa khusus utk elak dirogol(hafal&sebarkan)


Mesej:
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net.../
12 Ramadhan 1428 H
var curDiv = document.getElementById('ln14');
24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

**********************************************************************************





Daripada:
faezah
Tarikh:
5/21/2009 2:52 am

Khamis, 21 Mei, 2009 5:52 PM
Subjek:
sharing is so loving! hehe..
Mesej:
assalamualaikum wbt.
jom kite kongsi same2 input yg kite dpt pd hari ini..
sharing is also gud thing!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.”

hmm,so..pesanan dan ingatan utk insan yg menghantar,dan juga insan yg sudi mencuri masa mengintai buletin ni..hehe..
x de org yg x buat salah..
nobody's perfect,must be some defect! rite?



Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.”
Rasulullah saw yg sgt mulia n kekasih Allah pn memohon ampun pdNya..
kite ni apatah lg..

Ya Allah...
renung2kan dan selamat beramal! :p

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Daripada:

PeRMata
Tarikh:
05/21/2009 5:51 pm
05/22/2009 8:51 am
Subjek:
FW: buat renungan.............
Mesej:
----------------------------------
Original message from As-SyaBaB:
> > Aku ada pasangan hidup sendiri....
> > Bila seronok, aku cari....pasanganku
> > Bila sedih, aku cari....Mak
> > Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
> > Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
> > Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
> > Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
> > Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
> > Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
> > Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
> > Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
> > Selalu.. aku ingat pasanganku
> > Selalu.. Mak ingat kat aku
> > Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
> > Entah bila... aku nak talipon Mak
> > Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
> > Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
> > Renungkan:
> > "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
> > bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
> > Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
> >
> > Berderai air mata jika kita mendengarnya........
> > Tapi kalau Mak sudah tiada..........
> > MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
> >
> > Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
> > berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
> > berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
> > berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
> > berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
> > berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
> >
> > Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
> >
> > "Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan