Alhamdullillah saya dapat mencatat lagi di sini walaupun banyak kekangan kerana kesibukan tugas dan kesuntukan masa belakangan ini. Namun untuk sedikit panduan untuk anak-anak yang dikasihi terutama yang akan menduduki SPM pada 5 November ini, saya ingin menyentuh beberapa perkataan kata pinjaman daripada Bahasa Arab untuk membanyakkan kosa kata yang boleh digunakan dalam penulisan anda.
PERKATAAN
|
MAKNA DAN CONTOH AYAT
|
Iktisab
|
Usaha untuk mendapatkan untung yang halal
Contoh ayat :
Azmi sanggup melakukan
pelbagai iktisab untuk memastikan perniagaanya diberkati Allah.
|
Iktibar
|
Pengajaran, contoh, ibarat, teladan.
Contoh ayat:
Kita wajar mengambil iktibar atas musibah yang telah
berlaku agar perkara itu tidak berulang lagi.
|
Ikhtisar
|
Ringkasan, isi ringkas, synopsis
Contoh ayat:
Khalil menggunakan ikhtisar buku itu sebagai panduan
untuknya menyampaikan ceramah dengan berkesan.
|
Iktikad
|
Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang berkaitan dengan
rukun iman
Contoh ayat:
Atiff akan menetapkan iktikadnya walau apa sahaja
dugaan yang lalui dalam perantauannya.
|
Ikhtiraf
|
Menerima atau mengakui
Contoh ayat: (Kamus Dewan)
Malaysia tidak akan ikhtiraf kemerdekaan sesebuah
negara yang tidak berperlembagaan.
|
Maslahat
|
Sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dan sebagainya yang
mendatangkan faedah
Contoh ayat: (Kamus Dewan)
Dia sentiasa meletakkan kebenaran di hadapannya dan tidak mempermudah-mudah
sesuatu maslahat yang berkaitan dengan orang ramai.
|
Qanaah
|
Sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yang ada
Contoh ayat:
Amnani disenangi oleh keluarga suami kerana sikapnya yang qanaah
dan menerima suaminya seadanya.
|
Khusyuk
|
Dengan penuh minat atau sepenuh hati dengan bersungguh-sungguh,
dengan menumpukan perhatian dan minat sepenuhnya.
Contoh ayat:
Para jemaah khusyuk menunaikan solat walaupun dalam
suasana yang bising.
|
Khalil
|
Sahabat
Contoh ayat:
Salleh bersyukur kerana mempunyai seorang khalil yang ikrab
seperti Hanafi.
|
Khauf
|
Ketakutan
Contoh ayat:
Dalam saat genting itu mereka menunaikan sembahyang dalam keadaan khauf.
(sembahyang yang dilakukan dalam keadaan bahaya seperti di medan
peperangan – Kamus Dewan)
|
Musykil
|
Ragu-ragu, payah (difahami,dimengerti, dihuraikan), sukar, sulit
Contoh ayat :
Mustaffa masih musykil dengan penjelasan tentang persoalan yang sedang dibincangkan
tadi.
|
Mustajab
|
Berjawab atau dikabulkan.
Contoh ayat:
Alami seorang yang sering menunaikan ibadah sembahyang pada sepertiga
malam dan doanya selalunya mustajab.
|
Mustakim
|
Benar, jujur, lurus
Contoh ayat:
Rayyan mengamalkan sifat mustakim
dalam kehidupannya dan sangat dihormati.
|
Nadim
|
Orang kepercayaan, sahabat yang baik.
Contoh ayat:
Qaizen menjadi seorang yang nadim kepada Haris yang
menjadi ketuanya.
|