Isnin, 13 Julai 2009

LARAS BAHASA ( 2 )

LARAS BAHASA

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan utuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.


Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan, contohnya laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya.

Laras dipengaruh oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa, contohnya penggunaan ayat aktif dan pasif, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza, di samping penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan sebagainya, contohnya berfirman (laras khutbah/ceramah agama), multi (bahasa Inggeris) dan seumpamanya.

Definisi Laras Bahasa

Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa digunakan/gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

Laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial berlainan merujuk kepada cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.

Laras didefinisi sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situsai-situasi yang berlainan
- Ure dan Ellis (1977)

Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi dan boleh berubah-ubah. – Halliday(1968)

Laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya
-Asmah Hj.Omar (1984)

Penggunaan laras bahasa ditentukan oleh dua faktor,
Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
- Situasi luaran
berdasarkan latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa
- Situasi persekitaran
berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa mengikut empat faktor berikut:
i. Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya.
ii. Hubungan social dan peribadi antara pengguna bahasa
iii. Bahan yang diperkatakan
iv. Fungsi-fungsi social perlakuan bahasa (rasmi/ tidak rasmi)
Ciri-ciri linguistik
- unsur-unsur sistem bahasa itu iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta frasa dan ayatnya.
- Pemisah utama laras ialah tatabahasa dan perbendaharaan kata
· Aspek bunyi – nada suara (drama ,ucapan dll)
· Aspek perkataan –perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman
· Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek

Jenis-jenis dan ciri-ciri Laras bahasa
Laras Bahasa Biasa
- Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus
- Tiada istilah teknikal
- Struktur ayatnya mudah, ringkas, dan padat
- Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja
Contoh: Laras untuk majlis akad nikah
Laras sewaktu majlis pertunangan
- Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
Contoh: Bahasa di pasaran harian
Bahasa sewaktu membeli barang di gerai-gerai
- Cakap-cakap mulut sahaja disebabkan keperluan untuk berkomunikasi
- Kadangkala bahasa dicampuradukkan dengan bahasa penutur yang berlainan ras dan tempat
- Adakala digunakan dalam komunikasi dalam kalangan kaum berbeza
- Bahasa yang dipermudahkan untuk perhubungan

Laras bahasa Perniagaan/iklan
- Berbentuk pemberitahuan fakta
- Maklumat disampakan dengan ringkas tetapi terperinci
- Ayat ringkas dan pendek –banyak menggunakan kata adjektif
- Bersifat imaginative dan kreatif
- Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan-bertujuan untuk memujuk dan mempengaruni pengguna
- Cara penyampaian menarik dan mesti
- Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa
- Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk menyakinkan pengguna.
- Iklan dihasilkan dengan beberapa kaedah
· Slogan
· Kaedah penyataan –Lot banglo untuk dijual
· Berkaitan konsep –Rosyam Nor dan Power Root
· Pengisytiharan – Viva kereta penjimat masa terhebat
· Kaedah umpan – Hadiah istimewa untuk 100 peserta terawal
· Mesra - TV9 Dekat di hati
· Bandingan - Fab mencuci lebih putih
· Gesaan - Segeralah rebut peluang keemasan ini.
· Pertanyaan - Pernahkah anda melihat kawasan perairan terhebat?

Laras Bahasa Sains dan Teknologi
- Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan
- Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
- Maklumat yang diberi berdasar kepada kajian dan fakta
- Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta
- Banyak menggunakan istilah sain dan teknikal
- Penggunaan istilah-istilah pinjaman terutama daripada bahasa Inggeri
- Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif

Laras bahasa Media Massa
- Ayat berita dan penyata
- Bahasa yang paling mudah diterima dan difahami
- Bahasa yang mudah, jelas dan tepat
- Ringkas, padat dan bermaklumat
- Tidak mementingkan stuktur ayat majmuk
- Tidak mementingkan kata hubung, dan unsur tatabahasa seperti imbuhan
- Tidak menggunakan istilah teknikal atau khusus dan sukar
- Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku
- Mengandungi judul dan teks.

Laras Bahasa Rencana
- bersifat umum
- digunakan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu
- mudah difahami
- gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana
- bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci

Laras bahasa Undang-undang
- Teks berkaitan dengan perundangan
- Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen
- Penggunaan istilah-istilah khusus undang-undang dan banyak mengunakan istilah yang dipinjam dalam bahasa Inggeri
- Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi
- Tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kepersisan dan kejelasan
- Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
- Lazimnya menggunakan binaa ayat panjang

Laras Bahasa Agama
- Membincnagkan isu agama
- Penggunaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab
- Terdapat petikan al-Quran dan hadis
- Struktur ayat yang digunakan banyak dipeangaruni oleh struktur ayat bahasa Arab
- Terdapat tamsil ibarat(kias) yang bertujuan memberi pengajaran kepada pembaca
Laras Bahasa Sukan
- Maklumat berkaitan dengan keciatan sukan
- Bahasanya ringkas , bersahaja, dan jelas
- Terdapat istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan pemilihan kosa kata yang senang difahami.

Laras Bahasa Sastera/Kreatif
- Bentuk bahsa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis
- Laras bersifat imaginatif dan figuratif
- Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan. Istilah-istilah khusus yang berkaitan dengan sastera
- Bahasa yang indah dan puitis
Laras Ekonomi
- berbentuk ilmiah
- Istilah-istilah teknikal dan berkaitan dengan urusan perniagaan dan ekonomi
- Tidak terlalu mementingkan struktur ayat
- Bersifat formal
- Mementingkan sususnan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit
- Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik

Laras bahasa Akademik
- Digunakan dlaam bidang ilmiah
- Bersifat formal dan objektif
- Gaya bahasa- matang dan keintelektualan(hujah, tepat dan berkesan)
- Bersifat khusus dan sukar difahami
- Mementingkan kesempurnaan
- Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian
- Terdapat penggunaan sudut pandangan orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
- Mengandungi nota kaki, bibliografi, indeks dsb.

********************************************************************************

Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

1. Bidang

§ Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
§ Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa
Inggeris.
§ Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat
penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.


2. Perbendaharaan Kata

§ Istilah khusus (penanda laras), antaranya:
agihan jualan agensi pemasaran baki debit
anggaran kos francais cek palang
harga mutlak eksport saham
urus niaga kredit komposit

§Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang ekonomi)
untung tempoh hutang tunai
susut runcit

3. Tatabahasa

§ Morfologi (kajian terhadap perkataan)
Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi kata-
kata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.
Contohnya:
Kata Umum Istilah
wang kewangan
ratus peratus
lebih lebihan
pasar pasaran
pegang pemegang
dagang dagangan

§ Akronim
Contohnya:
EPU – Unit Pembangunan Ekonomi
EON – Edaran Otomobil Nasional
BSN – Bank Simpanan Nasional
BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur

§ Kata Majmuk
Contohnya:
kos jualan modal tetap harta semasa
untung bersih lebih asset sebut harga

§ Sintaksis (kajian terhadap ayat)
Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu ayat-ayat yang memberi
keterangan tentang sesuatu hal.
Contohnya:
Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.
Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.
Contohnya:
Ayat Aktif
KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting
Ayat Pasif
Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang lebih mahal.

Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana.
Contohnya:
Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka.

Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan kopula “adalah” dan “ialah” walaupun unsur ini tidak wajib digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:
1. Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat.
2. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.
Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah.

4. Gaya Bahasa

§ Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.
§ Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa, dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan berkesan.
§ Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.


http://www.brunet.bn
http://faculty.unitarklj1.edu.my
http://staff.iiu.edu.my
Abdul Ghani b. Hj.Sani, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tawau, Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan