Khamis, 11 Jun 2009

LARAS BAHASA



LARAS BAHASA menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Cocok atau padan dengan situasi dan konteks semasa ketika itu.

Menurut Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991 - Laras bahasa merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

Rajiee Hadi dalam Jurnal Dewan Bahasa. mei, 1994 - mengutarakan laras bahasa adalah wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang khusus. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu. Merangkumi pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Secara umumnya laras biasa dapat dibezakan seperti laras agama, laras sukan, laras iklan, laras masakan, laras sains dan teknologi dan seumpamanya.

Laras bahasa mempunyai retorik atau cara penyampaian bahasa yang tersendiri, sama ada pujukan, pernyataan, perintah dan sebagainya. Laras bahasa juga dapat dimengertikan sebagai wacana dari segi makna dan pengertian bahasa itu untuk mendapatkan tindakbalas yang sesuai berdasarkan konteks sesuatu bahasa itu disampaikan...

PERBANDINGAN LARAS

Petikan A :

Seketika duduk itu maka bulan pun terbitlah dari tepi langit, gilang -gemilang cahaya.Maka terkenanglah Raden Inu akan Raden Galuh tatkala menyembah dia itu seperti akan matilah tasanya lalu ia rebah di ribaan Kertala. Air matanya juga mengalir, malah basah puncak sabuknya Terlalu belas segala kedayannya. Maka Raden Inu pun tiadalah ingat apa-apa kecuali Raden Galuh juga kepada mata hatinya, malam siang. Maka dua tiga hari sekali ia naik ke istananya, hingga santap juga beradu pada segenap balai dan taman lelangon. Demikianlah lakunya. Selama datang ke Daha itu seperti orang latah wilangon, sebarang lakunya membelaskan hati segala yang melihat dia. Maka mukanya pun berubah, pucat kurus oleh menahan hatinya itu.

Petikan B

Perancangan bandar merupakan suatu lagi langkah efektif dalam usaha mengawal kualiti udara. Ahli-ahli perancang, dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada pada mereka seperti zoning, pemilihan kawasan, penggunaan kawasan hijau sebagai zon pemisah (buffer zone), dan pembaharuan semula bandar boleh memberikan sumbangan yang bermakna dan membantu usaha memelihara dan mengawal kualiti air.

Pada dasarnya ada dua garisan penganalisaan dan membuat keputusan yang selari dalam sistem tersebut. Satu daripadanya menuju ke arah menentukan piawai alam sekitar yang dikehendaki bagi masing-masing aktiviti, sementara yang satu lagi ialah menuju ke arah menganggarkan kadar pengubahsuaian iklim oleh topografi tempatan dan guna tanah yang dirancangkan sertai iklim yang akan wujud hasil daripada perbandaran tersebut.

Ciri Keperihalan :

Kedua-dua teks menunjukkan terdapatnya ciri yang disebabkan teks ini mewakili zaman yang berlainan. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan