Khamis, 12 Januari 2012

Dipetik daripada :
http://resam-melayu.com/2010/01/pantun-melayu.html

Perumpamaan dalam pantun
Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud “umpama” atau “ibarat” (Za’ba,1965). Ini dibuktikan melalui ungkapan
“kami sepantun telur itik” atau
“tuan sepantun kilat cermin”
yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud “seperti atau umpama”. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Seperti contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:-
“akan sekarang adalah seperti pantun orang ‘pagar makan padi’ ”.
Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya:
Dari bentuk perumpamaan:
Sudah gaharu cendana pula.
Menjadi pantun dua kerat:
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sudah gaharu cendana pula,
Bedak bertemu dalam puan;
Sudah tahu bertanya pula,
Hendak bertemu gerangan tuan.
Dari bentuk perumpamaan:
Sayangkan kain buangkan baju.
Menjadi pantun dua kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Sayangkan lain buangkan aku.
Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Kerana baju panjang lima;
Sayangkan lain buangkan aku,
Kerana aku dagang yang hina.
Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya.
Perkembangan pantun
Perkembangan bentuk pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun, sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya.
Dendangan rakyat atau lagu kerja
Walaubagaimanapun, pada kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai, karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan bahasa dan keelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk dendang rakyat atau lagu kerja.
Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu. Mengikut teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul dari keperluan untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan meringankan sesuatu kerja.
Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk mengendur situasi tegang semasa bekerja.
Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di kalangan masyarakat.
Sifat Pantun
Alam dan kehidupan
Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau idea yang lengkap. Bayangkan betapa banyak idea dan tema yang dapat digarap oleh pantun – tiada nokhtahnya!
Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga idea atau persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia.
Dengan demikian pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.
Rima pantun
Dalam berpandukan hukum-hukum kelisanan, maka pantun dicipta. Bentuk pantun dengan demikian memanifestasikan seluruh puitika lisan. Barisnya yang bersukat dan seimbang, dengan pola rima di hujung dan di tengah baris (untuk pantun yang baik), malah pada tahap bentuknya yang awal setiap perkataan dalam pembayang berima dengan setiap perkataan dalam maksud. Sebagai contohnya;
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata;
Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih;
yang apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafal dan dingat-balik. Contohnya pantun-pantun di bawah dengan rima dalam dan rima hujung pada baris-baris yang berselang-selang, apabila diucapkan akan memunculkan ritma yang menarik:
Limau purut/ lebat di pangkal
Sayang selasih/ condong uratnya
Angin ribut/ dapat ditangkal
Hati kasih/ apa ubatnya?
(Wilkinson)
Nasi lemak/ buah bidara,
Sayang selasih/ saya lurutkan;
Buang emak/ buang saudara,
Kerana kasih/ saya turutkan.
(Wilkinson)
Pernyataan padat dan ringkas
Pantun juga perlu patuh kepada satu penjimatan ketat pernyataan-pernyataan linguistik yang sesuai dan ini dapat dilihat dalam baris-baris pantun yang ringkas tapi padat makna, seperti:
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang cantik budi,
Yang indah bahasa.
(Overbeck)
Sekali pergi menuba,
Sekali ikan merimbat;
Sekali adik disapa,
Setahun rindu terubat.
(Wilkinson)
Untuk kepadatan juga, pantun mengambil ungkapan-ungkapan perumpamaan untuk mengisi baris-baris maksudnya. Perumpamaan memang bersifat sarat makna hatta membuka kepada tafsiran yang jamak. Penggunaan perumpamaan juga memudahkan hafalan, kerana perumpamaan adalah ungkapan-ungkapan yang dikongsi bersama, yang selalu diguna dan didengar justeru cepat terakam di minda. Bentuknya sendiri adalah dipolakan untuk mudah dihafal dan diingat balik. Contohnya:
Tuar di hulu tuar di hutan,
Tuar di kuala tak mengena;
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tak berguna.
(Zakaria Hitam)
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
(Wilkinson)
Budaya penyampaian
Penggunaan perumpamaan dalam semua bentuk komunikasi verbal, adalah sebahagian daripada etos budaya lisan. Bentuk komunikasi yang berbentuk oral-aural atau “face to face” menjadikan komuniti lisan wujud dalam situasi yang rapat dan dekat. Contoh seperti upacara adat meminang.
Dalam komuniti yang demikian, sesuatu maksud yang hendak disampaikan perlu disampaikan dalam bentuk halus, berlapik dan bijaksana kerana penerima mesej berada di depan muka. Kelangsungan bicara akan dianggap biadap, bebal, atau menyentuh perasaan si penerima, sehingga mengguggat kesepaduan kolektif.
Dari keperluan inilah ungkapan-ungkapan kias-ibarat, perumpamaan dan bidalan muncul. Melaluinya sindiran, teguran, kritikan di sampaikan secara tersirat dan halus, tetapi tepat dan menghiris. Pantun memanfaatkan alat bahasa yang demikian, kerana pantun sentiasa diucapkan dalam konteks sesuatu situasi.
Perbandingan dalam pantun
Apa yang tidak dapat diperikan atau didefinisikan dengan perkataan, maka dirujuk kepada benda sebagai bandingan. Contohnya dalam lipur-lara, pencerita sering mengambil sifat-sifat benda atau objek untuk memerikan sesuatu yang payah didefinisi. Pemerian tentang konsep seperti kecantikan seorang puteri contohnya sentiasa dilakukan dalam bentuk simile dan metafora. Bentuk kening yang cantik, melengkung halus disamakan dengan “taji dibentuk”, matanya yang bercahaya di samakan dengan “bintang timur”, dahinya yang sempit, melengkung disamakan dengan “sehari bulan”, rambutnya yang lebat panjang dan berombak disamakan dengan mayang mengurai, hatta seluruh anggota badannya didefinisi melalui metafora. Perumpamaan lahir dari kecenderungan yang demikian. Kemiskinan contohnya diumpamakan dengan kehidupan ayam yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Persahabatan yang akrab disamakan dengan isi yang bertaut pada kuku.
Ciri budaya lisan pantun
1. Unsur berulang dalam pantun
Satu ciri gaya bahasa lisan yang disebut di awal tadi ialah adanya unsur perulangan (anafora, epifora) pada ungkapan dan perkataan. Dalam budaya lisan perulangan adalah salah satu mekanisme mnemonik yang penting. Perulangan dari sudut stailistik adalah teknik penggunaan perkataan yang dianggap berlebih-lebihan dan boros, justeru dilihat sebagai satu kelemahan.
Namun dalam budaya lisan perulangan adalah teknik bijak bukan sahaja untuk membantu ingatan tetapi membangkitkan ritma yang juga penting untuk hafalan. Kerana itu mengikut Ong (1982) budaya lisan itu bersifat “redundant atau copious.” Walaupun perulangan menyarankan adanya pemborosan kata-kata yang seolah-olah bertentang dengan keperluan bentuk pantun kepada penjimatan bahasa, tetapi dalam pantun perulangan tidak menjejaskan kepadatan bentuknya. Kerana yang diulang adalah perkataan yang sama, dan kemunculannya berlaku dalam kawalan sukatan baris pantun contohnya:
Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi
Jangan saya ternanti-nanti.
(Hamilton)
Kalau subang sama subang
Kalau sanggul sama sanggul,
Kalau hilang sama hilang
Kalau timbul sama timbul.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)
2. Pembayang dan maksud, membayang maksud melalui bunyi
Budaya lisan wujud dalam suatu ruang yang didominasikan oleh bunyi (sound dominated world). Keadaan ini mempunyai kesan ke atas bentuk pantun. Pantun mempunyai dua baris awal yang disebut pembayang maksud, sampiran. Baris pembayang maksud bukan berdiri seperti perumpamaan yang membayang maksud melalui alusi kepada perlakuan, sifat, fiel, alam, walaupun pembayang maksud dalam pantun juga menggunakan alam sebagai objek peniruannya.
Contohnya makna perumpamaan
“embun di hujung rumput”
merujuk kepada sifat embun yang tidak kekal contohnya. Tetapi pembayang maksud pantun menyampirkan makna melalui bunyi perkataan. Contohnya ungkapan
“selasih dalam padi”
bukan mendapat maknanya dari sifat selasih atau padi tetapi dari bunyi kedua-dua perkataan yang secara berurutan merujuk kepada
“kasih dalam hati”.
Pembayang maksud dengan demikian membayangkan maksud melalui bunyi. Contoh yang mudah:
Pinggan tak retak nasi tak dingin (pembayang)
Engkau tak hendak aku tak ingin (maksud)
Dalam pantun dua baris di atas, maksud pantun muncul dari padanan bunyi perkataan di baris pembayang, bukan dari sifat-sifat perkataan tersebut.
Ini yang dimaksudkan oleh Wilkinson (1923) sebagai “suggestion through sound” atau “proverb by sound suggestion”. Kerana baris pembayang masih boleh berdiri sebagai umpama, tetapi umpama melalui bunyi bukan sifat. Dalam proses penciptaan pantun “cadangan makna melalui bunyi” ini memudahkan tukang pantun mencipta atau mengingat baris maksud sekiranya beliau terlupa atau perlu mencipta dengan cepat.
Di tahap awal penciptaan pantun mungkin seseorang itu hanya diberi pembayang maksud dan diminta mencari maksud melalui cadangan bunyi. Contohnya jika diberi pembayang:
Siakap senohong gelama ikan duri
Maka respons yang cepat mengikut bunyi ialah:
Bercakap bohong lama-lama mencuri.


3. Pemikiran lisan dalam pantun
Respon berkait fenomena alam dan kehidupan manusia
Pemikiran lisan seperti yang disebut oleh Ong (1982) di atas adalah bersifat “situational”, dan “close to the human life world”. Pemikiran “situational” mengikut Ong “develops around the action of human”. Pantun dengan demikian bersifat “situational” dalam ertikata juga ia mungkin dicipta sebagai respons kepada sesuatu fenomena alam, sesuatu peristiwa atau pengalaman manusia yang signifikan.
Idea dalam pantun, baik yang termuncul melalui pembayang maksud atau maksud menunjukkan pantun amat akrab dengan “lived experience” sama ada yang dihayati atau diamati. Manusia lisan, pra-modern adalah manusia yang hidup akrab bukan sahaja dengan komuniti manusia tetapi juga dengan komuniti bukan manusia. Persekitaran wujud sebagai satu masyarakat yang besar; objek dan fenomena alam ditafsir sebagai ahli kepada masyarakat tersebut yang berinteraksi di antara satu sama lain sama seperti masyarakat manusia.
Kalau perumpamaan mengambil alam sebagai cermin untuk manusia menatap dirinya, dan membaiki dirinya maka pantun menggunakan alam sebagai cermin untuk membayang maksudnya. Kecenderungan pantun untuk mengeksploitasi seluruh fenomena alam sebagai pembayang maksudnya adalah kecenderungan seni yang dipengaruhi oleh konvensi perumpamaan. Perumpamaan sendiri adalah bersifat amat akrab dengan alam. Sesuatu sifat, fiel, kelakuan makhluk alam yang diamatinya, disimpulkannya menjadi ibarat kepada manusia.
Respon berkait kepada situasi
Ciri pantun yang dikatakan bersifat “situational” dapat dibuktikan contohnya daripada teks Sejarah Melayu. Pembunuhan Tun Jana Khatib mendorong orang membuat pantun mungkin untuk mengabadikannya atau untuk moral di sebaliknya:
Telur itik di Senggora,
Pandan terletak di langkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.
Demikian juga peristiwa kematian Chau Pandan yang dipanah secara ghaib oleh seorang Sidi Arab dibuatkan orang pantun:
Cau Pandan anak Bubunnya
Hendak pergi menyerang Melaka
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung si air mata.
Peristiwa kota yang terbakar di Pahang memunculkan pantun berikut:
Kota Pahang dimakan api,
Antara Jati dengan Bentan;
Bukan kularang kamu berlaki,
Bukan begitu perjanjian.
Penangkapan Raja Abdullah yang berpaling tadah kepada Melaka untuk menyebelahi Feringgi disindirkan melalui pantun berikut:
Ketua-ketua raja duduk
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan.
4. Budaya lisan yang bersifat agonistik
Satu ciri budaya lisan yang juga menarik mengikut Ong (1982) ialah bahawa budaya lisan itu bersifat agonistik – berlawan, bersaing, baik dalam gaya hidup maupun dalam berbicara. Masyarakat lisan yang sering juga diassosiasikan dengan pra-moden atau istilah kasarnya primitif, wujud dalam konteks “pergelutan” untuk survival. Mereka sentiasa bergelut untuk mendapat makanan, bergelut dengan unsur-unsur alam yang kadangkala dirasa menindasnya, bergelut dengan penyakit, musuh, dan sebagainya.
Dan lagi pula dalam konteks pemikiran animistik, seringkali penyakit atau malapetaka yang menimpa diri dihubungkan dengan “buatan” sihir manusia lain dan ini membangkitkan rasa curiga, syak-wasangka terhadap satu sama lain. Semua keadaan ini mencengkam jiwa dan menegangkan kehidupan. Secara psikologikal keadaan yang berlarutan beginiini akan melahirkan rasa “antagonism” yang dimanifestasikan melalui sifat-sifat yang agresif dan agonistik.
Komunikasi secara lisan memang merapatkan dalam erti mendekatkan jarak fisikal di antara manusia, tetapi secara paradoks juga ia meninggikan antagonisme atau sikap agonistik ini. Mengikut Ong (1982:45):
When all verbal communications must be by direct word of mouth,
involved in the give and take dynamics of sound, interpersonal
relations are kept high – both attractions and even more, antagonisms.
5. Lisan dan tulisan
Dalam komunikasi lisan bukan sahaja perkataan tampil secara berdepan, tetapi aspek-aspek lain yang terlibat dalam komunikasi seperti nada suara, riak muka dan gerak-geri badan turut dipamerkan dan ini semua membantu penyampaian mesej dan dapat ditafsirkan secara negatif atau positif. Ini berbeza dengan budaya tulisan di mana komunikasi di antara manusia dijarakkan oleh teks bertulis; pertembungan secara langsung dapat dielakkan, justeru ketegangan yang bersifat fisikal sentiasa dapat dikendurkan.
6. Pengunaan kata-kata
Dalam budaya lisan persaingan dalam penggunaan kata-kata adalah amat penting. Seseorang dihormati kerana keupayaannya menjatuhkan lawan melalui “verbal combat” pertarungan lidah yakni “a series of verbal manoeuvres, a polite duel, a contest of wits, an operation in oral agonistic” (Ong, 1982:68) – melalui penggunaan teka-teki, perumpamaan, puisi, muslihat bahasa yang banyak berlaku dalam masyarakat pra-modern.
Kelisanan meletakkan pengetahuan dalam satu perebutan. Perumpamaan, teka-teki dan terutamanya pantun bukan hanya dicipta untuk menyimpan pengetahuan bangsa tetapi juga merangsang ahli masyarakat untuk terlibat dalam satu pertarungan lidah dan kebijaksanaan.
Penyebutan satu perumpamaan, atau teka teki, akan mengundang pendengar untuk membalasnya dengan perumpamaan atau teka teki yang lain. Maier (1985) menggelar budaya yang begini sebagai “rhetorical culture” seiras apa yang disebut Ong (1982) sebagai “verbomotor cultures”. Budaya tersebut dicirikan oleh “life that depends on the effectiveness of words” (Ong, 1982:68). Dalam budaya yang demikian akan sentiasa wujud persaingan dan cabar-mencabar yang kadangkala membangkitkan ketegangan.
Dalam sastera rakyat seperti lipur lara contohnya, sifat agonistik yang sudah lama tertanam ini muncul bukan sahaja melalui pertarungan bahasa (verbal combat) seperti cabar-mencabar di antara wira dan penjarah, berbalas pantun di antara wira dan puteri, antara musuh dan musuh (lih contohnya dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Seri Rama – versi lisan) tetapi diterjemahkan juga, mungkin tanpa sedar oleh pencerita melalui pola perwatakan dalam plot cerita.
Dalam pola tersebut, watak-watak selalu dimunculkan dalam bentuk kontras baik dari sudut fisikal, nilai, maupun peranan supaya sentiasa berlaku pertembungan dan pertentangan. Motif persaingan (untuk merebut puteri atau objek-objek sakti) selalu diketengahkan untuk membangkitkan antigonisme di antara watak. Konflik sering bersifat fisikal dan diselesaikan secara fisikal melalui pertarungan atau peperangan.
Pantun lahir dalam budaya yang agonistik ini. Pantun dua kerat contohnya lebih bersifat teka-teki yang berdasarkan bunyi (sound riddles). Contohnya:
“Pinggan tak retak nasi tak dingin” atau “mengata dulang paku serpih”
adalah sekaligus teka teki dan pembayang maksud . Ia menguji kebijaksanaan, mencabar respons lawannya untuk memenuhi baris maksud sebagai jawapan – satu peperangan kecerdasan.
Pantun sendiri dihidupkan dalam suasana yang agonistik. Ia digunakan dalam upacara yang melibatkan balas-membalas pantun – contohnya seperti dalam istiadat meminang, buka pelamin, bertandang; dalam usik-mengusik dan uji- menguji di antara kekasih atau sindir-menyindir dan cabar-mencabar di antara musuh. Contoh pantun-pantun yang digunakan untuk mencabar lawan seperti yang terdapat dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Pantun Tuan Puteri dayang Seri Jawa kepada Tuan Puteri Dayang Nurumah:
Rumah gadang di baruh rambai,
Cukup tiang tiga puluh;
Tuan puteri memakan cabai,
Sirih ditanam belum tumbuh.
Dijawab oleh Tuan Puteri Dayang Nurumah:
Sahaya tidak tahu rebana,
Dapat setindih tekan-menekan;
Saya tidak tahu senda makna,
Sirih diberi saya makan.
Pantun Tuan Puteri Dayang Seri Jawa:
Batang padi tercuat-cuat,
Batang bemban terpanggung-panggung;
Kehendak hati segeralah buat,
Badan siapa yang menanggung?
Dijawab oleh Puteri Dayang Nurumah:
Kenapa kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi?
Kenapa rambutnya panjang,
Kalau tidak berani mati?
Dan berbalas pantun di dalam Hikayat Seri Rama: …Maka sahut Maharaja Dewana:
Berapa tinggi pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api;
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harap kami.
Maka sahut Tuan Puteri:
Kalau begitu kembang jalannya,
Ikan masuk ke berombong;
Kalau begitu rembang katanya,
Cuba berserah beradu untung.
Maka sahut Maharaja Dewana:
Meranti cabangan dua,
Ditarah buat kerentung;
Sedang mati lagi dicuba,
Inikan pula beradu untung.
Dipetik dari PANTUN DAN PSIKODINAMIKA KELISANAN, Noriah Taslim, PPIK, Universiti Sains Malaysia, melalui web pantun USM.
Nota: Artikel yang panjang tetapi menarik. Mengungkap sejarah, sifat dan ciri pantun serta penghuraian yang jelas pada setiap keterangan. Syabas diucapkan kepada penulis Noriah Taslim.
Artikel sama yang berkaitan:
  1. Pantun – Di Manakah Keindahannya? Banyak pantun Melayu dahulu dikarang dengan penuh makna tersirat. Dewasa ini pantun tidak lagi mantap dan seringkali...
  2. Pantun Melayu – Ringkasannya Berapa ramaikah masyarakat Melayu tahu mengenai Pantun? Rata-rata masyarakat Melayu mengetahui bahawa Pantun adalah salah satu puisi...
  3. Agama dan Pantun Melayu Persoalan agama diungkapkan dalam pantun yang bertemakan hukum-hakam, tauhid, amalan syariat, rukun iman dan rukun islam yang...
BERIKUT INI DISERTAKAN HASIL PANTUN DARIPADA PARA PELAJAR TINGKATAN          5 AL-MALIKI, SAM.Rawang, Sel.

Burung berkicau terbang-terbangan,
melayang jauh ke langit tujuh,
indah alam hijau-hijauan,
udara bersih hidup aman;
Padamu Tuhan kutadahkan tangan.
kalau begini susah dan payah,
pergi berperang sanggup kukorban,
Harapan pejuang sejahtera aman.

Gadis molek pujaan hati,
mata bersinar terbuka luas,
mula terpikat berlaga bahu,
ajak berjalan di jalan sunyi:
Tuhan dosaku menggunung tinggi,
tapi langitmu melangit luas,
harga selautan syukurku,
buat setitik nikmatMu di bumi.

Di bumi hijau tanah kupijak,
mendaki gunung di puncak tinggi,
lautan luas tanah terbentang;
Di sekolah SAMER aku dididik,
untuk mencari idrntiti sendiri,
agar menjadi pelajar cemerlang.

(MOHD FAIZ B. MOHD SHAFIE (5 Al-Maliki-2012))

Bunga Kemboja mekar di awangan,
menanti teruna untuk bersama,
tiba masanya pastikan pergi;
waktu umpama satu bayangan,
sentiasa mencari di mana-mana,
kerana perginya takkan kembali.

(MUHD AFIQ B. MOHD ANUAR
- 5 Al-Maliki, 2012)




Dua tiga kucing berlari,
mana kan sama si kucing belang.
semangatnya selalu membara-bara;
gagah perkasa si harimau berdiri,
usia muda dah tunjuk belang,
itulah dia Harimau Malaya

(Aiman Sani - 5 Al-Maliki, 2012)

Tenang air di hilir sungai,
Mengalir tenang dibawa angin,
Ikan yang segar adalah pasti,
dek air bersih suci nan murni;
budi yang baik jangan dirungkai,
datangnya cantik seperti sampin,
jika tiada buruklah diri,
nanti dibenci sehingga mati.

Pulang ke rumah waktu petang,
letih sudah berhari di ladang,
pulang dengan tawakal Tuhan;
jangan diganggu orang yang pantang,
disentuh sekali tentunya berang,
sifat yang marah susah ditahan.
(KHAIRUL RIDZUAN MAT SALIM -5 Al-Maliki, 2012)

 
Ke bazar Ramadan membeli keria,
tidaklah banyak tidak pula kurang,
buat pengisi santapan malam;
muka yang masam berubah ceria,
yang riang pula bertambah girang,
kesan budaya memberi salam.

Tinggi-tinggi mendaki gunung,
untuk menimba air telaga,
airnya jenih lagilah putih,
orang melihat pasti terpikat;
Tuntutlah ilmu biar bergunung,
adab belajar harus dijaga,
agar hidup tidak bertatih,
berjaya dunia cemerlang akhirat.
(MUHAMAD AIDIL ADHA BIN JOHAR
- 5 Al-Maliki , 2012)

Indahnya bunga tarikan utama,
Menjadi tarikan santapan mata,
Mendapat tenang di dalam hati;
susah senang kita bersama,
kerana iman hubungan terjaga,
sahabat sejati hingga mati.
(NUR MUIZAH BT. MOHD NOOH
- 5 Al-Maliki, 2012)


Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran si anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku pada Tuhan
Kalau nasib memang begitu,
akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
(MOHD SADIQ NOOR B. IDRIS)

Bunga mangga sedap rasanya,
Dimakan bersama ahli keluarga,
dicicah pula dengan kicap;
Budi bahasa budaya kita,
amalan semua rakyat Malaysia,
Hidup sentiasa aman bahagia.
(SITI MARSITAH BT. ABD SAMAT)

Bunyi kicauan si burung puyuh,
menandakan pagi sudah menjelma,
nelayan keluar mencari rezeki;
rajin menolong ibu dan ayah,
menghormati mereka tuntutan agama,
agar tak sesal kemudian hari
(SITI SAMEENA BT. MOHD HUSSAIN)

Sabtu, 6 Ogos 2011

SEDIKIT MAKLUMAN TENTANG PENGGUNAAN PANGKAT DAN GELARAN

UNTUK DIGUNAKAN DALAM PENULISAN

Dipetik daripada :

http://berita-harian-online.com/perbezaan-pangkat-dato-tan-sri-dan-sebagainya/
Perbezaan pangkat Dato, Tan Sri dan sebagainya. Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato’ ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta di bawah ini.
DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA
* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.
* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.) Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA
* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan isteri penyandang bergelar ‘Puan Sri’. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad
* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.
* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA
* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan isteri penyandang bergelar ‘Puan Sri’. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.
* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA
* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran ‘Datuk’ dan isteri penyandang bergelar ‘Datin’. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA
* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran ‘Datuk’ dan isteri penyandang bergelar ‘Datin’.
* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua. * KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.
* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.

DARJAH BAKTI
* DARJAH BAKTI (D.B.) “Berbakti Untuk Negara”. Ia dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA
* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P) Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.
* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.) Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.
* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.) Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.
* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.
* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI
* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.
* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.) Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform
* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.
* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.) Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT-PINGAT PERINGATAN
* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.) Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965. SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN
1   SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P.
2   DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M.
3   DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N.
4   SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N.
5   SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M.
6   DARJAH BAKTI D.B.
7   PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N
8   PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M.
9   PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N.
10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D.
11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N.
12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M.
13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D.
14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N.
15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D.
16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N.
17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N.
18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D.
19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B.
20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P.
21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U.
22 PINGAT KEBAKTIAN P.K.
23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B.
24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A.
25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K.
26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S.
27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M.
28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN –

Infromasi tambahan
(1) Suami dapat panggilan ‘Datuk’, secara automatik orang rumahnya dipanggil ‘Datin’ (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah ‘Datuk’, secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja …..hehehhehheh…
(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya – kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga).
(3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.





Dipetik daripada :
http://pnfazrin.blogspot.com/2011/01/perbezaan-dato-dan-datuk.html

Salam Pembaca

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah semalam..saya sebenarnya dan yakin sememangnya ramai yang keliru dengan perbezaan datuk dan dato'. Selama ini saya tulis sahaja Dato' Shiela Majid atau Datuk Siti Nurhaliza..sebab bagi saya tetap tiada bezanya..asalkan sebutan betul. Sebenarnya memang ada sedikit perbezaaan antara kedua-duanya termasuk daripada segi ejaan, dan perbezaan sebenarnya antaranya,

Dato’ Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.
contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid

Datuk
Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.
contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan
mcm tue jugak dato' seri dan datuk seri..yg membezakan hanyalah sama ada di anugerahkan oleh Sultan/raja atau kerajaan persekutuan..

Jadi bagaimana pula dengan penggunaan oleh pasangan masing-masing? Gelaran apakah yang meraka patut gunakan..
suami: Dato'
ister  i: Datin

suami:  Datuk
isteri:    Datin

*Nota  : Hanya isteri pertama sahaja mendapat gelaran Datin.  Isteri kedua, isteri ketiga dan isteri keempat tetap menggunakan gelaran puan.

Isteri  : Dato'
suami : Encik

Isteri  : Datuk
Suami: Encik

Tiada apa-apa perubahan untuk para suami yang isteri mendapat gelaran Dato' atau Datuk.  Apapun gelarannya yang penting mereka seharusanya menjaga kepercayaan dan amanah atas pingat yang dianugerahkan itu. Jangan disalahgunakan sebab gelaran hanyalah sekadar gelaran dan pangkat yang membawa diri  itu pula adalah  sifat dan sikap diri kita sendiri..baik pembawakannya pujian akan diterima. Buruk pembawakannya cacian diterima...

Sekian untuk perkongsian untuk hari ini..

Isnin, 25 Julai 2011

HASIL DAN INTIPATI CERAMAH TATABAHASA PMR 2011


Penceramah   :   Encik Azmi bin Misron
                         Pegawai Jabatan Pelajaran Selangor.
                          http://azmisron63.blogspot.com/


Tempat        :  Dewan Besar Umar Abdul Aziz, SAM Rawang.
Sasaran       :  Calon-calon PMR
Sesi 1          : 8.00  - 11.30 pagi



Penggunaan Imbuhan
*  Per ,,,, an  =  Ber....
    Pertemuan  =  bertemu
    Perlanggaran   = berlanggar
    Pelanggaran    = melanggar
    pelantikan       = melantik
    Pelaksanaan    = melaksanakan
    Persiaran         = bersiar-siar
    Perlanggaran    = berlanggar
    Pelanggaran     = melanggar


* MeN.... kan      ( N   = me, men, menm, meng, meng, mengy, menge..)
   had       =  mengehad 
   bom      =  mengebom
   (menge... digunakan untuk perkataan  1 sukukata

* Penemuan   = menemukan
* Pelanggaran   = melanggar    (Ahmad melakukan pelanggaran undang-undang sekolah

Penggunaan kata 'ia'  sebagai kata ganti nama

Mengumumkan ketibaan      (salah)
Diumumkan ketibaan....     (betul)

(Gunakan pendekatan ayat pasif akan lebih jelas )

Terima kasih kepada Pengerusi majlis (salah)
Terima kasih saya ucapkan        (betul)

Hal ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan. (betul)
Ini kerana.... (salah)

Hal ini     (Klausa bebas)

Kenapa?  Ayat klausa bebas boleh ditambah terdiri daripada binaan subjek dan binaan predikat.

2.    Sehubungan dengan itu  (betul)   = sehubungan dengan perkara itu
       Sehubungan itu    (salah)

Hukum DM
Soalan contoh (betul)                             contoh soalan (salah)P

Telekung mini (betul)                              Mini telekung (salah)

Pembetulan ayat.
1.  Saya baca buku itu.      (Ayat betul  kerana ayat pasif itu disongsangkan)      
     ( Ayat pasif     1.  Buku itu saya baca.  
     ( Subjek = objek yang kena sesuatu perbuatan + Predikat  = objek yang melakukan )

     Buku itu telah dibaca oleh saya. (ayat salah)
   
     Husna membaca buku itu      (betul)
     Buku itu dibaca oleh Husna   (Pasif  betul kerana oleh Husna. Husna (ganti nama ketiga))

2.  Saya membaca buku itu.        (ayat aktif = betul)

3, Percayalah kata-kataku ini     (salah)
    Percayailah kata-kataku ini    (betul)

Kesalahan dalam penulisan karangan / kekeliruan lazim dalam Bahasa Melayu
1.   Isu kebiasaan sebutan dalam pertuturan
antara faktor-faktor
para-para pelajar
mereka-mereka
di atas kesudian

di dalam majlis itu (salah  kerana majlis bukan tempat.)
dalam majlis       (betul)

Adakalanya daripada digunakan untuk tempat
Dari  = arah/ tempat / masa
Daripada
K = kejadian (daripada peristiwa itu)
A = asal sesuatu
B = bandingan  (guna ATM)
       a. Kuala Lumpur lebih besar daripada Rawang
O = Orang  (diterima daripada Adam)
S  = Sumber  (Dia menerima tawaran daripada KPM untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara)

pendingin hawa   atau penghawa dingin   (pendingin hawa = betul) = hukum DM
sos cili atau cili sos

Dia memberi    =  siapa yang menerima  (siapa dan apa)
memberikan     =  apa yang diberikan  (apa kepada siapa)

Contoh :  Saya tidak membasuh kasut saya hari ini tetapi saya membasuhkan Hakim kasutnya yang kotor itu.
Imbuhan '.....kan' mesti diikuti dengan untuk siapa...apa

contoh:  Dia membelikan adiknya sebuah buku bovel.

MeN.....kan = untuk orang lain
contoh : membelikan, memasakkan, mendoakan, mencantikkan

Latihan :
Ayah akan memperisterikan abang dengan gadis itu sebaik-baik sahaja abang menamatkan pengajiannya di universiti.

memperisterikan                  isteri                      kata nama
mempertontonkan               tonton                    kata kerja
memperlihatkan                   lihat                       kata kerja
memperdengarkan              dengar                   kata kerja
memperalatkan                   alat                        kata nama
mempertajamkan                tajam                     kata adjektif
memperelokkan                  elok                       kata adjektif
memperluaskan                   luas                        kata adjektif

Imbuhan  memper ......kan    = kata nama dan kata kerja
Maksud                               = menyebabkan atau membolehkan
Contoh                                = memperhambakan /memperjuangkan

Imbuhan memper....             =  kata adjektif sahaja
Maksud                               = menjadikan
contoh                                 = memperlubar / memperelok

Contoh :
1.  Anak-anak muda itu memperdengarkan bacaan ayat suci itu
2.  Dia menemukan wang kertas sepuluh ringgit di atas lantai.
 3. Polis menemukan mayat wanita jurujual itu di tepi pantai.

jurujual kereta          (betul)
jurujual rumah          (betul)
jurujual pakaian        (betul)
jurujual wanita          (betul)            wanita      (salah)

guru dan besar        dan tak boleh diletakkan    gurubesar (betul)
ibu dan  bapa

* mana-mana frasa yang tidak boleh disisipkan dan, maka kata ganda di perkataan pertama.
contoh :
guru-guru besar
kereta-kereta peronda polis
kapal-kapal terbang
kapal-kapal layar

* mana-mana frasa yang boleh diletakkan dan, maka akan digandakan dua-dua kata
contoh :  ibu-ibu dan bapa-bapa

Pusat Cucian Kereta      bukan pusat mencuci kereta      tetapi hendak menjadi betul tambah kata hubung 'untuk'   menjadi  'Pusat untuk mencuci kereta'
Tukang Jahit Sauyah  sepatutnya Sauyah Tukang Jahit

Kanak-kanak sekolah melintas di hadapan    sepatutnya  Murid sekolah melintas di hadapan.




Rabu, 13 Julai 2011

PAPA ... AKHIRNYA KAU TEWAS JUA

Dipetik daripada :
http://www.bmspm.net/sinopsispapa.htm

SINOPSIS NOVEL PAPA...
Petikan Buku Rujukan

NOVEL INTERLOK SPM

Maklumat dalam catatan ini diambil daripada catatan di blog yang lain untuk dikongsikan bersama khususnya untuk para pelajar SAMER.... rajin-rajinlah menjelajah untuk kebaikan bersama..
 
Dipetik daripada  :  http://sevenofus-fikaisa.blogspot.com/2011/04/sinopsis-novel-interlok.html


SINOPSIS NOVEL INTERLOK


Seman anak kepada Pak Musa dan Mak Limah rasa tertekan setelah bapanya meninggal dunia. Dia baru mengetahui semua harta peninggalan bapanya sebenarnya milik Cina Panjang atau Cing Huat. Mereka hanya menumpang di tanah itu. Hal ini demikian kerana Pak Musa telah mengadaikan segala hartanya termasuklah rumah dan tanahnya kepada Cina Panjang.

            Cing Huat ialah tauke sebuah kedai runcit di pekan Simpang Empat. Cing Huat yang berasal dari China datang ke Tanah Melayu bersama-sama dengan bapanya, Lee Kim Lock. Setelah melalui pelbagai dugaan akhirnya bapanya telah membeli sebuah kedai runcit di pekan Simpang Empat. Sejak itu, kehidupan Cing Huat dan bapanya bertambah baik. Apabila bapanya meninggal dunia, Cing Huat mewarisi perniagaan kedai runcit tersebut.

            Lebih dua puluh tahun dahulu, Maniam telah meniggalkan isteri dan keluarganya di India menuju ke Pulau Pinang. Sesampainya di Pulau Pinang, Maniam telah bekerja sebagai kuli di pelabuhan Maniam terlalu kecewa menerima berita bahawa isterinya, Ambika telah mengikut Pillay, seorang lelaki kaya di kampung mereka. Dia telah membuat keputusan untuk ke seberang. Setelah berbulan-bulan bekerja dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya Maniam bekerja di sebuah kebun kelapa di Cangkat Lima


            Maniam telah berkahwin dengan Malini, anak kepada Perumal, mandur di kebun kelapa tempatnya bekerja. Kehidupan Manian dan isterinya sangat bahagia sehinggalah Suppiah muncul. Suppiah menyebarkan cerita bahawa Maniam sebenarnya telah berkahwin di India dan membuat fitnah kononnya Maniam sengaja meninggalkan isterinya itu. Suppiah turut menghasut rakan-rakannya supaya mengusir Manian. Oleh itu, Maniam terpaksa meninggalkan Malini yang sedang  sarat mengandung Sewaktu dalam perjalanan meninggalkan kebun itu, Maniam telah dipukul oleh dua orang lelaki namun Maniam diselamatkan oleh Musa. Sebulan selepas peninggalan Maniam, Malini melahirkan seorang anak lelaki, Ramakrisynan. Tiga tahun kemudian, Malini jatuh sakit dan meninggal dunia.



            Seman yang ingin mencari pekerjaan datang ke kebun tempat Maniam bekerja. Daripada cerita Seman, Maniam mengetahui Seman anak kepada Musa. Maniam berjanji mahu membantu Seman. Dua hari kemudian, Seman membawa ibunya, Mak Limah ke kebun getah Cangkat Janggus Bahagian II dan dia diterima bekerja di situ. Sesudah dua tahun setengah Seman dan ibunya meninggalkan Kampung Nyiur Condong, Seman pulang ke kampung itu. Impian Seman untuk  memperisteri Upik tidak kesampaian kerana sudah dua tahun Upik berkahwin dengan Lazim. Akhirnya, Seman berkahwin dengan Gayah, anak perempuan tunggal Mat Ranggi. Seman dan ibunya kembali menetap di Kampung Nyiur Condong.

            Tidak lama kemudian, penduduk gempar dengan kemasukan tentera Jepun Orang Cina tidak suka akan orang Jepun kerana sebelum ini Jepun telah berperang dengan negara China. Oleh itu, ada dalam kalangan orang Cina yang telah menyertai Parti Komunis Malaya. Parsukan gerila komunis ini telah dianggotai oleh Yew Sang, iaitu anak Cing Huat yang telah melarikan diri daripada keluarganya. Yew Seng tidak suka dengan sikap bapanya yang prejudis terhadap orang Melayu dan melarang dia bergaul dengan anak-anak Melayu.

            Seman hampir membunuh Poh Eng, anak Cina Panjang namun dia tidak meneruskan niatnya kerana kasihan akan gadis itu. Seman membawa ibunya, Mak Limah dan Poh Eng berlindung di kebun Cangkat Janggus Bahagian II. Walau bagaimanapun, Yew Seng dan pasukannya telah datang ke kebun tersebut dan menangkap  pengurus ladang  yang berbangsa Jepun itu. Kedatangan Yew Seng telah menemukannya dengan Poh Eng. Yew Seng telah membawa adiknya itu masuk ke hutan bersama-sama dengannya. Maniam dan Mak Limah telah ditangkap. Maniam  disoal siasat oleh Inspektor Ramakrisynan. Akhirnya, Maniam mengetahui Inspektor Ramakrisynan ialah anaknya. Inspektor Ramakrisynan telah membebaskan Maniam dan Mak Limah.

            Inggeris telah masuk semula ke  Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah. Di balai polis, Yew Seng dan Poh Eng yang mencari Mak Limah telah menemui Lazim yang dipenjarakan akibat gerakannya membangkitkan semangat menentang penjajah . Poh Eng dan Yew Seng telah membebaskan Lazim. Inggeris pula telah memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu. Lazim memimpin orang Melayu menentang Malayan Union. Yew Seng dan kumpulannya yang diketuai oleh Kong Beng masuk ke hutan semula untuk melakukan kegiatan gerila apabila hasrat mereka memerintah Tanah Melayu terhalang. Inggeris mengumumkan ddarurat.
           
            Suppiah yang menyertai kumpulan gerila komunis telah menawan Maniam. Berikutan itu, Inspektor Ramakrisynan dan pasukan polis masuk ke hutan untuk menjejaki  gerila komunis . Akhirnya, Maniam dapat  diselamatkan . Sementara itu, Kong Beng dan Suppiah telah dibunuh. Sebelum berlaku pertempuran membebaskan Maniam, Yew Seng dan Poh Eng telah sedar bahawa perjuangan mereka hanya sia-sia.

            Cerita berakhir dengan masyarakat sibuk untuk menyambut dan merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Yew Seng  mengajak Seman menyambut Hari Kemerdekaan bersama-sama dengahttp://khirkassim.blogspot.com/2010/12/novel-tingkatan-5-2011-interlok.htmlnnya dan beberapa orang kampung yang lain di bandar. Seman bersetuju unuk mengikut Yew Seng. Yew Seng terpaksa menggunakan kaki kayu kerana kakinya yang cedera telah dipotong.


Dipetik daripada :  http://khirkassim.blogspot.com/2010/12/novel-tingkatan-5-2011-interlok.html

Novel Tingkatan 5 2011 - Interlok

Sinopsis Novel Interlok (Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Buku Empat
Interlok

1
Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluh satu tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

2
Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

3
Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

4
Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

5
Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

6
Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

7
Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Cing Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

8
Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

9
Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

10
Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.

Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.

Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.

Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.


Watak Penting dalam Novel Interlok

Terdapat tiga watak yang memainkan peranan penting dalam novel Interlok, terutamanya untuk menghidupkan cerita. Tiga watak itu ialah Seman, Cing Huat, dan Maniam.

1. Seman
Seman ialah anak tunggal Pak Musa dan Mak Limah. Kulitnya lebih cerah daripada kulit bapanya. Dia tidak bersekolah dan cuma belajar mengaji Quran dengan Lebai Man. Oleh itu, dia buta huruf dan tidak tahu membaca dan menulis. Dia berkahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi dan dikurniakan dua orang anak. Dia rajin bekerja, buktinya dia rajin mengusahakan tanah sawah bapa mentuanya dengan menanam sayur-sayuran dan kacang selepas menuai padi. Seman tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan, contohnya dia tabah mengharungi hidupnya yang berliku bersama-sama dengan ibunya selepas diarahkan keluar oleh Cina Panjang dari rumahnya. Dia seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan ayah dan ibunya. Seman hormat dan taat akan orang tua, buktinya Seman hormat kepada ibu dan ayahnya dan tidak membantah kata-kata mereka.

Seman seorang yang berani, contohnya dia berani menjemput Pak Utih yang menjadi dukun ke rumahnya pada waktu malam untuk mengubati ayahnya yang sakit, setelah disuruh oleh emaknya seorang diri. Dia bersabar ketika menghadapi dugaan, contohnya dia bersabar ketika menghadapi kematian ayahnya dan menghadapi kehidupan baharu bersama-sama dengan ibunya selepas kematian ayahnya di kebun Cangkat Janggus. Dia suka menolong orang dan tidak menyimpan perasaan dendam, contohnya Seman menolong Poh Eng dengan memberikan perlindungan kepadanya. Perkara itu berlaku selepas kedai Cing Huat dimasuki perompak walaupun dia marah akan Cing Huat. Seman kuat beribadat terutamanya selepas kematian ayahnya, contohnya dia bangun pada waktu tengah malam untuk bersolat sunat dan berdoa kepada Allah. Di samping itu, dia juga menunaikan solat wajib, contohnya dia bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong. Seman bersemangat patriotik, buktinya dia hendak merayakan kemerdekaan negara yang diadakan di Kuala Lumpur.

Seman berfikir secara rasional dan bertindak dengan matang untuk menyelesaikan masalah, contohnya dia telah berjumpa dengan Cing Huat dan bertanyakan hal geran tanah, dan perjanjian dengan bapanya itu. Dia juga mendapatkan pandangan penghulu tentang masalahnya itu dengan ditemani oleh Lebai Man. Seman mudah bersimpati, contohnya dia bersimpati dengan Poh Eng dan membantunya untuk mendapatkan termpat berlindung.

2. Cing Huat
Cing Huat ialah anak Kim Lock yang datang dari negara China dengan ayahnya. Dia digelar Cina Panjang oleh orang-orang kampung. Badannya gemuk dan perutnya gendut. Cing Huat berhijarah ke Malaya untuk mencari pekerjaan dan mengumpul kekayaan. Cing Huat tabah dan gigih, contohnya dia pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan dan kedai runcit di Singapura serta bekerja di lombong bijih bersama-sama dengan bapanya ketika berusia sepuluh tahun. Dia berkahwin dengan Tua Pao dan memperoleh empat orang anak, iaitu Yew Huat, Yew Seeng, Poh Eng dan Poh Kheng. Dia seorang yang pemarah dan panas baran, contohnya dia marah dan menampar Yew Seng kerana melawan kata-katanya. Dia berprasangka buruk terhadap orang Melayu dan menganggap bahawa mereka malas. Oleh sebab itu, dia tidak suka akan anaknya, Yew Seng yang berkawan dengan budak-budak Melayu.

Cing Huat rajin bekerja dan akhirnya dia menjadi tauke kedai runcit yang berjaya. Walaupun dia menyuruh anaknya mengurangkan timbangan sedikit dalam urusan jual beli tetapi dia seorang yang pemurah, buktinya dia mendermakan wangnya sebanyak lima ratus ringgit untuk membina sekolah Cina di pekan Simpang Empat. Selain itu, dia memberikan pinjaman wang kepada Pak Musa dan menggunakan nama Pak Musa untuk membeli tanah orang-orang Melayu. Dia juga murah hati untuk menanggung perbelanjaan tambang bas bagi orang-orang kampung yang hendak merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Namun begitu, dia tidak boleh bertolak ansur dengan syarat pemilikan tanah dan buktinya dia mengarahkan Seman dan Pak Cin keluar dari rumah dan tanahnya.

Cing Huat pintar dan bijak dalam perniagaan, terutamanya dia menawar harga yang paling murah kepada orang yang hendak menjual barang kepadanya tetapi dia tidak akan mengurangkan harga orang yang hendak membeli barang jualannya. Dia juga bijak untuk mengumpulkan harta, iaitu dengan menggunakan orang Melayu seperti Pak Musa dan Pak Cin untuk menjadi proksinya membeli tanah orang Melayu.

3. Maniam
Maniam berasal dari sebuah kampung di Kerala yang terletak di sebuah negeri di pantai barat India Selatan, dan dia datang ke Malaya untuk mencari rezeki kerana keadaan hidupnya yang terlalu miskin di India. Badannnya tegap dan tinggi, tulang rangkanya besar, dan berkulit hitam. Dia baru berumur 30 tahun semasa tiba di Pulau Pinang. Isterinya yang terpaksa ditinggalkan di India lari mengikut lelaki lain dan dia berkahwin pula dengan Malini, anak Perumal di kebun Cangkat Lima.

Maniam rajin bekerja, contohnya dia melakukan berbagai-bagai kerja seperti menjadi kuli di pelabuhan dan bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima serta kebun getah di Cangkat Janggus. Maniam tidak suka akan fitnah, buktinya dia marah akan Suppiah yang telah memfitnahnya iaitu dengan mengatakan bahawa dia sudah berkahwin dan meninggalkan isterinya dalam keadaan miskin di India kepada Mariama dan pekerja-pekerja di ladang itu.

Maniam seorang yang rasional, contohnya dia tidak mahu memberikan alasan dan menerangkan perkara yang sebenarnya kepada bapa mentuanya yang kecewa dengannya setelah mengetahui latar belakangnya itu. Dia seorang yang berani dan benci akan orang yang suka berbohong dan menceritakan keburukan orang lain, contohnya oleh sebab terlalu marah, Maniam mengejar Suppiah yang menyebarkan cerita buruk tentang dirinya. Namun begitu, perkara lain pula yang berlaku iaitu dia ditembak oleh pengurus ladang kerana menyangka Maniam hendak membalas dendam terhadapnya kerana memukulnya di kebun sebelum itu. Walau bagaimanapun, Maniam mendengar kata orang yang lebih tua, contohnya selepas peristiwa itu bapa mentuanya, Perumal menyuruhnya pergi ke tempat lain untuk mencari pekerjaan dan meninggalkan isterinya di situ bagi mengelakkan persengketaan yang berlarutan. Dia akur dengan kata-kata bapa mentuanya itu.

Maniam suka menolong orang, contohnya dia menolong Seman untuk mendapatkan kerja di kebun tempatnya bekerja. Selain itu, dia seorang yang mengenang budi, contohnya Maniam mengenang budi Musa yang telah menyelamatkannya ketika dia dipukul oleh orang yang tidak dikenali ketika hendak meninggalkan kebun Cangkat Lima pada suatu awal pagi. Maniam seorang yang penyayang, buktinya dia amat berat hati untuk meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Maniam bertemu dengan anaknya, Inspektor Ramakrisyhnan yang tidak pernah dilihatnya itu semasa dia ditahan oleh Jepun. Dia bersimpati kepada orang lain, contohnya dia bersimpati dengan Mak Limah yang ditangkap oleh Jepun dan meminta anaknya Rama membebaskan Mak Limah.



Anda boleh terus ke blog Cikgu Mohd Khir untuk pelbagai rujukan tentang Bahasa Melayu , SPM di  http://khirkassim.blogspot.com/

Ahad, 15 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU...

Tema Hari Guru tahun 2011, "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"...
Setiap tahun kita meraikan sambutan Hari Guru dengan pelbagai tema yang melambangkan pengharapan yang tinggi kepada golongan pendidik dan meletakkan martabat keguruan itu sejajar dengan peranan dan tanggungjawab golongan pendidik itu sendiri.
Tarikh 16 Mei, menjelang lagi... sebelumnya 15 Mei, Sambutan Hari Belia diraikan...  dan pada hari ahad minggu pertama setiap bulan Mei juga diraikan sambutan Hari Ibu... Sedar atau tidak sedar, ketiga-tiga sambutan ini mempunyai tautan yang tersendiri... maka setiap golongan yang diraikan itu mempunyai peranan yang tersendiri dalam menentukan halatuju negara... Ketiga-tiga menjadi keutamaan sebagai pembangun dan individu yang berperanan penuh dalam menjamin keutuhan, kestabilan dan keselamatan negara.
Belia sebagai aset negara perlu dibangunkan dengan berhati-hati dan peranan itu lebih tertumpu kepada golongan pendidik.... dan golongan ibu yang melahirkan para belia dan para guru.... harus terdidik dengan pengetahuan yang mantap... Kita perlu sedar, tangan yang menggoyang buaian itu bisa menggoncang dunia... Maka seorang ibu itu adalah juga seorang guru... yang melahirkan golongan guru yang mendidik kesinambungan pendidikan dalam membentuk aset sesebuah negara itu..


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 
USMAN AWANG
1979

~ moga terus berbakti kepada ummat ~