Sabtu, 12 Disember 2009

LAGI.... UNGKAPAN BAIK DAN BERMAKNA

Rukun beragama mempunyai usul-usul yang tertentu. Usul agama bermakna mulanya suatu asbab dan cara untuk beramal serta menghadapinya dengan berpandukan al-Quran.

Untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan untuk menuju ke jalan yang diredhai ALLAH, melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW.

Matlamat hidup adalah suatu usaya yang jitu berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasullullah SAW, bagi mengembalikan matlamat agama dan ummah agar beriman dengan jitu kepada yang ESA.

Maksud hidup bermula dengan usaha terhadap keruntuhan ummah. Maka fikir untuk itu terserlah dengan usaha yang gigih dan pengharapan hidayah dari ALLAH.

Hidup perlu ada padanya niat, maksud, fikir dan matlamat. Bermula niat dengan jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang datangnya dari hati yang kasih.

Kebaikan bersedekah di akhirat itu, ada 5 iaitu menjadi naungan di mashyar, mudah hisab amal, berat timbangan amal, mudah di titian sirat dan naik darjat di syurga.

Bala ALLAH akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar juga kepada mereka yang kononnya ALIM tetapi tiada berbuat apa-apa terhadap sesuatu kemungkaran itu.

Tidak ada yang lebih baik bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibu bapa, anak-anak dan isterinya daripada siksaan api neraka.

Kasih sayang antara suami isteri itu akan menjemput rahmat ALLAH dan menghapuskan perasaan khianat terhadap kedua-duanya

Pintu syurga terbuka luas kepada mana-mana wanita yang menjaga solatnya, puasanya dan taatnya dia kepada suami dengan penuh rasa cinta , kasih dan sayang.

Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan lesu dan letih.

Mereka yang malu untuk memohon kepada ALLAH selalu, adalah antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kufur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan