Isnin, 18 Februari 2013

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU



Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju

Maksud
Rangkap 1
Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya dan tetap bersemadi di hati orang-orang Melayu kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2
Bahasa kebangsaan dilihat sebagai maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh serta diberikan keutaamaan dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
Para cendikiawan dan penggiat bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencipta kejayaan dalam alaf baru ini. Bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan kini.

Tema
Semangat Cinta akan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. Perjuangan memeartabatkan bahasa Melayu dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
4. Menghormati  akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
5. Keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan
6. Sejarah kegemilangan Bahasa Melayu tersendiri

Bentuk
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
    Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd
    Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aabab
    Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
    Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
    Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa

Nada
Patriotik

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
2. Diksi mudah difahami dan puitis
    Contohnya : Warga yang berbudi
3. Sinkof  – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku
    mendaulatkanmu, bahasamu, tak
4. Metafora – lautan bijaksana
5. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
                         - bahasaku mencengkam
                         - suaramu tumbuh
6.
Inversi – gagah pelautku membelah lautan
                 - di arena antarabangsa suaramu tumbuh
7. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
8. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri 
5. Setia
6. Amanah
7. Mencintai bahasa
8. Bersatu padu

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu
3. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
4. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
5. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian 

    masyarakat dunia.
6. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum. 
7. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu


Isnin, 21 Januari 2013

BELAJAR DARIPADA GURU LAIN

Antara blog yang selalu menjadi rujukan saya adalah blog Cikgu Azemi... antaranya saya salinkan semula ke laman ini untuk rujukan.

http://azemi09.wordpress.com/category/munsyi-bahasa/



Memperkasakan / memperkasa…?

Penggunaan imbuhan awalan berangkap memper- dan diper- pada kata adjektif mungkin sudah difahami pelajar. Ramai pelajar sudah maklum bahawa tiada lagi imbuhan akhiran bagi kata adjektif yang telah menerima imbuhan awalan berangkap, contohnya di bawah:-
  • memper + indah > memperindah BUKANNYA memperindahkan / memperindahi
  • memper + lebar > memperlebar BUKANNYA memperlebarkan / memperlebari
  • memper + hebat > memperhebat BUKANNYA memperhebatkan / memperhebati
  • diper + luas > diperluas BUKANNYA diperluaskan / diperluasi
  • diper + dalam > diperdalam BUKANNYA diperdalamkan / diperdalami
  • diper + kuat > diperkuat BUKANNYA diperkuatkan / diperkuati
Bagaimanakah pula dengan keadaan perkataan di bawah:-
  • memperjuangkan > betul / salah ?
  • memperkatakan > betul / salah ?
  • mempersenjatai > betul / salah ?
  • diperhebahkan > betul / salah ?
  • diperbualkan > betul / salah ?
  • dipersoalkan > betul / salah ?
Bagi contoh perkataan di atas penggunaan imbuhan awalan berangkap berserta imbuhan akhiran DIBENARKAN / BETUL. Hal ini kerana imbuhan awalan berangkap tersebut bukannya digunakan pada kata adjektif. Kata di bawah terdiri daripada golongan:-
  • juang > kata kerja
  • kata > kata kerja
  • senjata > kata nama 
  • hebah > kata kerja
  • bual > kata kerja
  • soal > kata kerja
Bagi menjawab soalan sama ada memperkasakan / memperkasa yang betul, kita hendaklah menganalisis kata memperkasakan / memperkasa secara teliti.
  • memperkasakan ( imbuhan awalan mem + perkasa + akhiran kan )
  • memperkasa ( imbuhan awalan mem + perkasa )
  • perkasa ( kata adjektif yang bermaksud kuat, hebat )
> memperkasakan – dari segi tatabahasanya BETUL kerana kata adjektif  berkenaan ‘perkasa’ tidak menggunakan imbuhan awalan berangkap, kerana ‘per’ bagi kata ‘perkasa’ itu bukannya imbuhan awalan per-, sebaliknya kata dasarnya ialah perkasa. JADI tidak timbul perkara seperti yang saya perkatakan di atas; iaitu semua kata adjektif yang menerima awalan berangkap memper- dan diper- tidak perlu diikuti dengan akhiran -kan ataupun -i. 
RINGKASNYA:-
  • memperkasakan √
  • memperkasa  X 

KATA SENDI NAMA



Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama akan diuji pada soalan 3(d) iaitu mengesan kesalahan tatabahasa atau di 3 (b) Menentukan Pola Ayat  (Frasa Nama  + Frasa Sendi Nama)
1.      Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat.
2.      Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 
3.      Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya.
4.      Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
                                (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252),


Ayat contoh:
1.      Hadiah itu untuk adiknya.
2.      Mohd Rayyan berasal dari Kelantan
Analisis: adiknya dan Kelantan  adalah kata nama dan frasa nama. Maka kata sendi nama diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama; menjadikan pola ayat tersebut Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

FUNGSI
KATA SENDI NAMA
Arah
kepada, pada, dari,  ke
Tujuan
untuk
Waktu/Masa
pada, dari, ke, hingga, sejak
Tempat
dari,  di, ke
Perbandingan
Daripada, ,terhadap, bagai, seperti, tentang
Bersama-sama
dengan


KATA SENDI NAMA
FUNGSI
AYAT CONTOH
Di
Menunjukkan tempat
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa
1.      Allisa tinggal di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.
2.      Buku itu di tepi meja
Ke
Menunjukkan tempat arah dan masa
1.      Dia akan berpindah ke Kelantan pada hujung minggu ini.

Dari
Menunjukkan
arah,tempat dan masa(ATM)
1.      Azizi menunggu adiknya dari jam tiga petang tadi.
2.      Bas itu tiba dari utara
Pada
Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Keterangan waktu.
1.      Cermin itu digantung pada dinding.
2.      Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
Daripada
(K)keanggotaan,
(A)abstrak,
(B)bandingan/benda, (O)orang/organisasi,
(S)sumber.
3.      Pasukan itu terdiri daripada lima orang pemain yang berpengalaman.(K)
4.      Kecemerlangannya dijana  daripada pengalamannya yang lalu.(A)
5.      Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan-bangunan lain.(B)
6.      Dalila menerima hadiah itu daripada abangnya.(O)
7.      Maklumat itu diperoleh daripada Jurnal Bahasa Universiti Malaya(S)
Hingga
Maksud had masa
1.      Zaki menghabiskan masa melukis dari pagi hingga petang.
Dengan
Maksud bersama-sama
1.      Ibu pergi ke pasar dengan adik
Kepada
Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
1.      Surat jemputan itu ditujukan kepada Pengerusi Syarikat FH.
Bagi / Untuk
Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
1.      Karnival Pengguna itu  diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.
Sejak / Sementara
Menunjukkan waktu / masa
1.      Masyitah tekun melakukan kerjanya sejak pagi tadi.
2.      Salimah sempat menyudahkan kerjanya sementara menunggu adiknya balik.
Terhadap
Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
1.      Sekumpulan pemuda itu bersikap kurang ajar terhadap orang itu.
Demi
Menunjukkan maksud tujuan
1.      Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.
Antara
Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud banyak
1.      Sate dan Kebab antara makanan yang dihidangkan hari itu.
Dalam
Sendi nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.
1.      Salmah berada di dalam bilik bacaan.
2.      Danisy masuk ke dalam rumahnya.
Tentang
Maksud perkara atau hal yang dilakukan
1.      Cikgu Wan Sabri memaklumkan  tentang latihan bola sepak yang akan diadakan setiap minggu.
Oleh
Maksud sebab
1.      Berita gembira itu disampaikan oleh Pengetua pada perhimpunan pagi
Akan
Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap"
1.      Seri sangat kasih akan anak angkatnya itu.