GURINDAM KEUTAMAAN ILMU
Ilmu itu umpama pelita,
Menerangi kegelapan hidup kita.
Penuhi ilmu di dalam dada,
Sebagai bekalan pada hari muka.
Jauh perjalanan luas pengetahuan,
Berguna kala di perantauan.
Apabila ilmu penuh di dada
Barulah hidup boleh berjaya
Ilmu ibarat sinaran cahaya
Menyinari hidup gelak gelita
Hidup merantau kita amalkan,
Jauh perjalanan luas pandangan
Orang berilmu obor dunia,
Hatta dipandang sekalian manusia
Ilmu berguna tika merantau
Elakkan diri dari disantau
Jika tidak dikongsi ilmu
Murka Tuhan yang maha satu
Kembara ilmu selaut cahaya,
Milik Tuhan yang Maha Kaya
Tiada ilmu hitamlah jiwa
Hilang pedoman rosaklah bangsa
Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi tiada berjaya
Ilmu itu pelita sakti
Ia kekal dibawa mati
Jangan dihirau katanya orang
Misi ilmu diburu matlamat dipegang
Ilmu dicari niat kerana Tuhan
Tujuh lautan tidak menjadi halangan
GURINDAM TERDIRI DARIPADA SYARAT DAN JAWAB. SYARAT MERUJUK KEPADA SEBAB, PUNCA, TINDAKAN, PERNYATAAN TATACARA.. JAWAB PULA MERUJUK KEPADA KESAN, MANAFAAT, FAEDAH, KEPENTINGAN, NATIJAH JIKA SYARAT ITU DILAKSANAKAN.
DI ATAS ADALAH HASIL NUKILAN GURINDAM TINGKATAN 5 ALHANAFI 2009.
GURINDAM BOLEH TERDIRI DARIPADA RANGKAP YANG MEMPUNYAI BAIT YANG GENAP. DALAM SATU-SATU BAIT, TIDAK DIHADKAN SUKU KATANYA NAMUN SEPERTI PUISI YANG LAIN ADALAH IDEAL DALAM SATU RANGKAP TERDIRI DARIPADA 8 HINGGA 12 SUKU KATA. INI BERTUJUAN UNTUK KESEIMBANGAN TONA DAN INTONASI IRAMA YANG DILAGUKAN.
SEMOGA GURINDAM DI ATAS DAPAT MEMBERIKAN PENGAJARAN ATAU NASIHAT YANG BAIK UNTUK SEMUA.
Blog ini untuk perkongsian ilmiah terutama untuk anak-anak didik yang dikasihi..semoga memberikan banyak manafaat untuk semua..
Rabu, 18 Mac 2009
Isnin, 16 Mac 2009
Gurindam Guru
Kalau guru tidak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita
Kalau guru kurang merancang
Di dalam kelas banyak temberang
Kalau guru mengenal pelajar
Di luar sekolah mereka tidak liar
Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya menjadi hiruk pikuk
Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tentu punca
Kalau guru selalu marah
Pelajar sering rasa bersalah
Kalau guru malas berdoa
Usaha ditabur tak sampai ke mana
Selamat Bertugas Walau Di mana Anda Berada.
Kalau guru tidak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita
Kalau guru kurang merancang
Di dalam kelas banyak temberang
Kalau guru mengenal pelajar
Di luar sekolah mereka tidak liar
Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya menjadi hiruk pikuk
Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tentu punca
Kalau guru selalu marah
Pelajar sering rasa bersalah
Kalau guru malas berdoa
Usaha ditabur tak sampai ke mana
Selamat Bertugas Walau Di mana Anda Berada.
Jumaat, 13 Mac 2009
Rajah pohon ayat
Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Terdapat 4 pola ayat dalam Bahasa Melayu seperti berikut:
Subjek + Predikat
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Sendi nama (FN + FSN)
Subjek + Predikat
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Sendi nama (FN + FSN)
Langgan:
Catatan (Atom)