Isnin, 17 Mei 2010

DEDIKASI SEMPENA HARI GURU..

HARI GURU menjelang lagi...
Di sini saya catatkan beberapa dedikasi ucapan Hari Guru yang diterima daripada rakan-rakan mantan pelajar, dan pelajar-pelajar yang dikasihi...

1. Bila murid duduk di kerusi, cikgu berdiri lenguhnya kaki . Jika murid diseligi, cikgu dipanggil ke PPD...silap haribulan kena gari. Murid datang dengan BMW 7 siri, cikgu naik morsikal buruk Suzuki, entah-entah cukai jalan pun dah mati.. Begitulah di dunia, cikgu berbakti... semoga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi... Selamat Hari Guru, Cikgu! dan.. hidup cikgu. ( Zarina, sahabat)

2. Guru itu mulia bukan pada pangkat atau harta tetapi pada budinya. Guru itu mulia bukan pada ilmu semata tetapi kerana asuh, didik dan ajarnya. Guru itu mulia bukan kerana sijil tingginya tetapi pada tekun, tabah dan sabarnya. Guru itu mulia bukan kerana banyak muridnya yang berjaya dalam peperiksaan tetapi pada muridnya yang berakhlak mulia. Dan, Guru itu mulia tempatnya di syurga. SELAMAT HARI GURU. ( Umi Asna )


3. Jadilah seperti laba-labah, tabah menghadapi dugaan walaupun sarangnya diganggu tetapi ia tidak pernah berputus asa mengait kembali sarangnya. Berkali-kali. Seperti guru... cekal mendidik pelajarnya. 'Selamat Hari Guru' = Guru Pembangun Negara Bangsa. (Pn Rohilah)

4. Masa terus pergi, tetapi perjuangan guru tidak pernah mati... murid datang dan pergi silih berganti, tetapi guru tetap sentiasa berbakti... Selamat Hari Guru, semoga cekal selalu.. ( Eton dan Lee)



5. GURU... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada kemesraan.. dalam diamnya ada bijaksana. Dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi seorang guru .. Semoga diberkati olehNYA. Selamat Hari guru.. Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa dan Pengorbananmu hanya ALLAH sahaja dapat membalasnya. Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap sepanjang menjadi muridmu... ( Ainun)

6. Selamat Hari Guru. Terima kasih atas segala ilmu yang telah diberikan. Semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dalam lindungan rahmatNYA. Amin (Raihana)

7. Yang menghafal itu guru Sejarah. Yang cakap berbunga-bunga itu guru Sastera. Yang teratur ayatnya guru Bahasa Melayu.. Gelap kulitnya guru Pendidikan Jasmani. Sopan orangnya guru Sivik. Warak orangnya guru agama. Seni orangnya, guru Pendidikan Seni... 'Power' cakapnya,Guru Besar. Banyak bahasanya guru ETEMS. Cepat mengira guru Matematik. Banyak tuisyennya guru Bahasa Inggeris.. Walau siapapun anda... SELAMAT HARI GURU (Siti Faredah dan Zaidi)

8. Without TEACHERS === Day are 'sadday'.'moanday'. 'tearsday', 'wasteday', 'thirstday', 'fightday'...'shatterday' SO HAPPY TEACHER DAY (Suriyati/Azman)

9. Banyak daat bunga? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Banyak dapat pen? Tandanya guru bijak melakarkan kata. Banyak dapat Pemadam? Tandanya guru sentiasa membetulkan yang dusta. Banyak dapat mesej? Tandanya guru sentiasa di ingatan. 'SELAMAT HARI GURU... TERIMA KASIH CIKGU' (Hartini, Norhanum)



10. Cantik seorang guru keranan kejernihan wajah. Menis seorang guru kerana enyuman indah. Ayu seorang guru kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat seorang guru kerana kesabaran hakiki dan Mulia seorang guru kerana keikhlasan indah yang diberi...! SELAMAT HARI GURU.. (Noraini Hz)

11. GURU bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.. Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU.. Yang pasti Guru juga bagaikan TV9, DEKAT DI HATI.. Dan yang paling penting GURU pastinya bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA... " SELAMAT HARI GURU". (Siti Soleha , sahabat)

12. Hari terlalu sibuk. Jam terlalu singkat. Saat terlalu cepat. TETAPI kita sentiasa ada masa untuk berkata, " Kita ingat awak! Selamat Hari Guru' (Mantan pelajar, sahabat)

13. GURU dianugerahkan Nur di wajahnya. Kelembutan di hatinya. Ketegasan pada didikannya. Perawat kepada yang terluka. Penghibur kepada segala kepediahan. Penderma Kasih sayang yang tidak bertepi. Pendengar yang setia. Perindu yang tiada kesudahannya. Pemberi yang tidak pernah minta balan dan Pendoa yang tidak pernah putus harapan" Begitu hebatnya insan bergelar GURU = 'Selamat Hari Guru' - Guru pembina negara bangsa. Terima kasih, guruku ( Hajar, mantan pelajar, sahabat)

14. When a message send from a distance... You cannot see the faces, you cannot see the smiles... But, you can sende the care that truly from my heart.. HAPPY TEACHERS DAY... my beloved teacher.. (Mantan pelajar)

15. A rose is always a rose, whether its in a golden pot or street. In the same way you are always my special memory whether you are beside me or far away. Thanks my teacher.. Happy teachers day. (exstudent)


16. Sungguh indah Kota Bharu, Ia terletak di negeri Kelantan... Sungguh besar jasamu guru... Tidak dapat kami lupakan. Selamat Hari Guru ( Mantan pelajar)

17. Moga Allah jadikan subuhny, cahaya Zohormu, gembira. Asarmu, bahagia, Maghribmu, keampunan. Isyakmu, keberkatan... Rezekimu diluaskan dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan. Selamat Hari Guru.. (Izzah, sahabat)

18. Ya Allah... Sentuhlah hati saudaraku ini saat dia jauh dari MU. Peluklah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dariMU... Peliharalah imannya selalu... Buat teman, ku doakan untaian mutiara solihin, moga dirimu sentiasa terpelihara dan di bawah naungan kasihNYA... sepanjang hidup dan sepanjang baktimu... Selamat Hari Guru.. (Teman tersayang)

19. Jadilah seorang guru yang hadirnya di tunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru... Dan Selamat Hari Guru (Arzman dan sahabat)
20. Sebaik dan sehebat manapun seseorang itu... Guru itu lebih hebat... kerana sekali dia guru, selamanyanya dipanggil cikgu... Selamat Hari Guru... (Siti, Nora, sahabat)
21. Cikgu itu mesranya pada wajah, tegasnya mencorak laku, pakarnya menguasai ilmu. Cikgu itu ikhlas pada hati budi, jasanya dihitung hari.. hari ini, esok dan selamanya... Selamat hari Guru.. (Yati)
22. Saidina Ali ibnu Abi Talib berkata : Seseorang itu adalah seorang guru biarpun mengajar sebatang 'alif'. Selamat Hari Guru... ( Sahabat akrab)

Banyak lagi ucapan yang diterima tetapi tidak sempat dimenterai di sini.... TERIMA KASIH, kerana ingat.... lantas mengucapkan dan seterusnya menghargai... dan Terima Kasih kepada semua.... pelajar yang menganggap guru itu guru.... rakan-rakan sejawat kerana bersedia bersahabat dengan guru sebagai guru dan kepada semua guru-guru yang mengajar, mendidik dan mencurahkan ilmu sehingga individu ini menjadi guru yang di hati dan minda ada guru... Terima kasih kepada ibuku dan Allahyarham Ayahanda tercinta... kerana menjadikanku sebagai guru, meletakkanku sebagai guru, membimbingku menjadi guru, menyediakan diri kalian sebagai guru... dan diri ini berbangga menjadi guru..... SELAMAT HARI GURU...... kepada semua guru yang benar-benar guru...